INTERNATIONAL
'ASEAN tidak condong ke arah China, komited mahu sidang bersama AS juga' - PM Anwar

Anwar menegaskan bahawa ASEAN tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar, termasuk China, dan kekal neutral dengan terus mendekati kedua-dua Amerika Syarikat dan China. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Di sebalik penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar tegas menafikan bahawa bahawa ASEAN lebih memilih untuk condong ke arah republik berkenaan.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri menegaskan bahawa ASEAN tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar, termasuk China, dan kekal neutral dengan terus mendekati kedua-dua Amerika Syarikat dan China demi kepentingan ekonomi dan rakyat serantau.
- ASEAN menunjukkan kemajuan dalam isu Myanmar melalui rundingan antara kerajaan dan kumpulan prodemokrasi, serta usaha lanjutan gencatan senjata dan penghantaran bantuan kemanusiaan berdasarkan Konsensus Lima Perkara.
- Perkembangan positif turut dicapai dalam proses kemasukan Timor-Leste sebagai anggota ASEAN ke-11, serta perbincangan mengenai isu serantau, dengan semangat baharu yang lebih fokus kepada pelaksanaan dan penyelesaian konkrit.Kalau anda mahu gabungkan semua ringkasan ini dalam satu dokumen atau visual, saya boleh bantu sediakan!
“Susulan itu saya telah menulis surat kepada Presiden Trump, mengatakan bahawa Menteri-menteri Luar dan Pemimpin ASEAN, kami bersetuju untuk meneruskan dengan cadangan Sidang Kemuncak ASEAN-AS. Kemudian kita pun sudah mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China.
“Jadi saya tidak bersetuju dengan pandangan (ASEAN berat ke arah China). Maksud saya jika esok saya terima surat persetujuan daripada Trump, maka ya kita akan mengadakannya pada Jun atau tidak jauh dari Jun. Jika beberapa bulan seterusnya, pun tidak ada masalah.
“Mengapa? Kerana pendirian kita adalah pemusatan. Di mana fokusnya? Kebajikan rakyat, hubungan ekonomi, perdagangan, pelaburan. Adakah itu bermaksud bekerja dengan China? Ya. Amerika Syarikat? Ya,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada sidang media sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 selama dua hari, yang berlangsung di ibu negara bermula semalam.
Menyentuh mengenai sidang seterusnya yang bakal berlangsung pada Oktober depan, Perdana Menteri berkata, banyak perkara yang telah dicapai, termasuk konsensus untuk terus mendekati Myanmar, yang sedang dibelenggu dengan isu dalaman.
“Pengalaman ini, terhasil daripada kerja keras pegawai kita, kemudian diterjemahkan kepada cadangan, adalah sesuatu yang jarang berlaku. Perkara yang biasa dibincangkan atau dicapai pada bulan Oktober, sudah berjaya dilakukan sekarang, dan kita terus mencapai kemajuan.
“Pada pandangan saya, isu seperti Myanmar, konsensus yang tercapai ialah terus berunding, dan kini kita sudah memasuki tahap di mana kedua-dua pihak (kerajaan dan kumpulan prodemokrasi) dalam peringkat konsultansi, biarpun di peringkat bawahan.
“Dan mereka sedang memberi fokus untuk lanjutan gencatan senjata, bantuan kemanusiaan, dan seterusnya ke arah perbincangan mencapai keamanan, berdasarkan Konsensus Lima Perkara, satu tahap yang bagi kemajuan yang cukup besar,” katanya lagi.
Perdana Menteri juga menganggap ada kemajuan dalam usaha kemasukan Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 ASEAN, memandangkan perbincangan kini memasuki konsensus tentang tarif dan rundingan bilateral.
Dengan situasi seperti itu, Anwar berkata, ASEAN kini harus memikirkan cara untuk melindungi kepentingan sekitar 650 hingga 660 juta penduduk di rantau ini.
Proses perbincangan di peringkat pimpinan, kementerian, dan pegawai kanan kerajaan, katanya lagi, perlu memberi fokus kepada pelaksanaan atau program menjelang Oktober nanti.
“Dan saya benar-benar merasakannya sebagai satu perubahan besar — maksud saya, perubahan sikap yang dramatik — di mana kita mahu sesuatu itu diselesaikan dan semuanya mesti dilakukan atas nama ASEAN.
“Maksud saya, orang ramai bercakap tentang isu seperti Laut China Selatan, perbincangan mengenai kod tatakelakuan, dan kita telah melihat pertukaran pandangan, termasuk antara Filipina dan pihak utama lain, kadangkala melalui saya, dan kadangkala secara langsung.
“Saya tidak mengatakan semua isu boleh diselesaikan sekarang, tetapi sekurang-kurangnya wujudnya penglibatan yang benar-benar bermakna dan positif. Dan inilah semangat baharu ASEAN yang saya secara peribadi — sudah tentu — rasa teruja, kerana saya dapat melihat kesungguhan yang lebih mendalam.
"Jika tidak, kita hanya bercakap tentang perpaduan dan kerjasama, tetapi dari segi pelaksanaan?,” tegasnya lagi.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami