ASEAN25: Hargai Anwar penuhi janji jayakan keanggotaan Timor-Leste - Presiden Ramos-Horta

Presiden Jose Ramos-Horta berkata Timor-Leste menyertai ASEAN sebagai anggota ke-11 adalah hasil usaha Anwar Ibrahim dan persiapan sejak 2011. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Presiden Timor-Leste, José Ramos-Horta menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas usaha menjayakan keanggotaan penuh negaranya dalam ASEAN.
Ringkasan AI
- Jos Ramos-Horta berterima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana menjadikan keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN sebagai keutamaan semasa kepengerusian Malaysia.Timor-Leste memohon menjadi anggota ASEAN sejak 2011, diberi status pemerhati pada 2022, dan melaksanakan Pelan Tindakan Keanggotaan Penuh pada 2023.Pada 26 Oktober, ASEAN menerima Timor-Leste sebagai anggota ke-11, penambahan pertama sejak 1999, selepas negara itu merdeka pada 2002.
"Saya hadir tetapi tidak ada orang nampak saya menangis kerana saya tidak menangis. Hakikatnya, dari dalam saya gembira dan berterima kasih kepada Anwar Ibrahim yang menjadikan kemasukan Timor-Leste sebagai anggota ASEAN sebagai keutamaan semasa kepengerusian Malaysia,” katanya
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
ASEAN25: Hargai Anwar penuhi janji jayakan keanggotaan Timor-Leste - Presiden Ramos-Horta
Timor-Leste secara rasmi memohon menjadi anggota ASEAN pada 2011. Pada 2022, ketua-ketua negara ASEAN bersetuju secara prinsip untuk menerima Timor-Leste sebagai anggota, dengan memberikan status pemerhati dalam mesyuarat ASEAN. Langkah ini diikuti dengan penggubalan Pelan Tindakan Keanggotaan Penuh Timor-Leste pada 2023, yang menjadi panduan persiapan negara itu memenuhi kriteria keanggotaan ASEAN, termasuk pematuhan kepada instrumen-instrumen berkaitan.
Pada 26 Oktober lalu, pemimpin negara-negara anggota ASEAN menandatangani dokumen penerimaan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 blok negara-negara asia tenggara itu. Ia menandakan penambahan negara anggota pertama sejak 1999.
Timor-Leste mengisytiharkan kemerdekaan pada Mei 2002, sekali gus membebaskan negara itu daripada menjadi sebahagian daripada koloni Portugal dan penguasaan Indonesia.
Agenda AWANI: Timor-Leste’s accession to ASEAN

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

