ASEAN25: Timor-Leste sedia bantu elak konflik daripada berlaku – Presiden Ramos-Horta

Presiden Jose Ramos-Horta berkata Timor-Leste mahu membantu ASEAN dalam mengelak sebarang konflik serantau. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Timor-Leste sedia memberi sumbang saran untuk mengelakkan sebarang konflik antara negara anggota ASEAN daripada berlaku.
Ringkasan AI
- Ramos-Horta menegaskan negara kecil seperti Timor-Leste mampu beri sumbangan signifikan dalam ASEAN melalui idea kreatif dan kebijaksanaan.Timor-Leste mahu bantu elak konflik serantau seperti Kemboja-Thailand dan Myanmar, memanfaatkan kedudukan neutral tanpa musuh.Negara itu memohon keanggotaan ASEAN sejak 2011, diberi status pemerhati pada 2022, dan disahkan sebagai anggota ke-11 pada 26 Oktober 2025.
“Pengaruh sesebuah negara untuk menentukan keputusan dan dasar tidak ditentukan berdasarkan saiz negara tersebut. Sekiranya itu benar, maka India akan menguasai semua debat dalam dunia ini.
“Dalam ASEAN, Timor-Leste boleh tawarkan pandangan untuk buat keputusan dan dasar berdasarkan kebijaksanaan dan idea kreatif.
“Contohnya, (sumbang pandangan) untuk menghalan konflik pada masa datang seperti yang berlaku antara Kemboja-Thailand dan Myanmar. Di situ ruang (untuk bantu) bagi negara kecil yang tidak ada musuh dan persaing lain,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
ASEAN25: Timor-Leste sedia bantu elak konflik daripada berlaku – Presiden Ramos-Horta
Timor-Leste tenggelam dalam konflik dan pertempuran dengan Indonesia sejurus selepas mengisytiharkan kemerdekaan daripada Portugal pada 1975. Perjuangan kemerdekaan itu berlangsung selama 24 tahun. Republik tersebut hanya membentuk negara berdaulat yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 2002.
Timor-Leste secara rasmi memohon menjadi anggota ASEAN pada 2011. Pada 2022, ketua-ketua negara ASEAN bersetuju secara prinsip untuk menerima Timor-Leste sebagai anggota, dengan memberikan status pemerhati dalam mesyuarat ASEAN.
Langkah itu diikuti dengan penggubalan Pelan Tindakan Keanggotaan Penuh Timor-Leste pada 2023, yang menjadi panduan persiapan negara itu memenuhi kriteria keanggotaan ASEAN, termasuk pematuhan kepada instrumen-instrumen berkaitan.
Pada 26 Oktober lalu, pemimpin negara-negara anggota ASEAN menandatangani dokumen penerimaan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 blok negara-negara asia tenggara itu. Ia menandakan penambahan negara anggota pertama sejak 1999.
Agenda AWANI: Timor-Leste’s accession to ASEAN

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

