ASEAN25: Timor-Leste tidak sedia jadi pengerusi ASEAN pada 2029 - Presiden Ramos-Horta

Presiden Jose Ramos-Horta berkata Timor-Leste akui belum bersedia untuk menjadi Pengerusi ASEAN pada 2029. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Timor-Leste tidak bersedia untuk menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2029 sekiranya peluang tersebut dibuka.
Ringkasan AI
- Ramos-Horta akui Timor-Leste tidak bersedia menjadi pengerusi ASEAN 2029 kerana kekurangan infrastruktur dan sumber manusia.Negara itu hanya mampu anjur beberapa mesyuarat, bukan sidang kemuncak besar seperti penganjuran Malaysia yang dianggap sangat profesional.Timor-Leste diterima sebagai anggota ke-11 ASEAN pada 26 Oktober selepas proses permohonan sejak 2011.
"Saya sangsi kami akan bersedia (menjadi pengerusi ASEAN) dalam masa empat tahun kerana kekurangan infrastruktur. Apabila saya lihak sidang kemuncak (ASEAN di Kuala Lumpur), saya perlu zahirkan ucapan tahniah kepada Malaysia atas penganjuran yang sangat baik daripada pengisian dan pelaksanaan; berseni, ramah, berkesan dan profesional.
“Saya tidak fikir kami boleh lakukannya, hatta separuh daripada itu pun kami tidak mampu. Kita ambil sikap realistik. Kami boleh jadi tuan rumah untuk beberapa Mesyuarat Menteri-Menteri (ASEAN). Bukan sahaja kerana kekurangan infrastruktur, bahkan juga kekurangan sumber manusia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
ASEAN25: Timor-Leste tidak sedia jadi pengerusi ASEAN pada 2029 – Presiden Ramos-Horta
Pengerusi ASEAN ditentukan secara giliran tahunan mengikut susunan abjad nama negara anggota dalam bahasa Inggeris. Justeru, dengan penyertaan rasmi Timor-Leste, republik tersebut disenaraikan sebagai negara pengerusi pada tahun 2029 selepas Filipina (2026), Singapura (2027) dan Thailand (2028).Timor-Leste secara rasmi memohon menjadi anggota ASEAN pada 2011. Pada 2022, ketua-ketua negara ASEAN bersetuju secara prinsip untuk menerima Timor-Leste sebagai anggota, dengan memberikan status pemerhati dalam mesyuarat ASEAN.
Langkah ini diikuti dengan penggubalan Pelan Tindakan Keanggotaan Penuh Timor-Leste pada 2023, yang menjadi panduan persiapan negara itu memenuhi kriteria keanggotaan ASEAN, termasuk pematuhan kepada instrumen-instrumen berkaitan.
Pada 26 Oktober lalu, pemimpin negara-negara anggota ASEAN menandatangani dokumen penerimaan Timor-Leste sebagai anggota ke-11 blok negara-negara asia tenggara itu. Ia menandakan penambahan negara anggota pertama sejak 1999.
Agenda AWANI: Timor-Leste’s accession to ASEAN

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

