awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan

Bernama
Bernama
04/02/2026
02:16 MYT
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
Kesemua yang ditahan dalam operasi di Labuan semalam merupakan hasil pemeriksaan terhadap 20 individu warga China; kesalahan yang disyaki dilakukan ialah tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah. --fotoBERNAMA
LABUAN: Jabatan Imigresen (JIM) Labuan menahan 10 warga China dalam serbuan di beberapa premis kediaman di sekitar pulau bebas cukai ini semalam.

Ringkasan AI
  • Jabatan Imigresen Labuan menahan 10 warga China dalam serbuan di beberapa premis kediaman berdasarkan maklumat awam dan risikan.
  • Individu disyaki melakukan kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, menurut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
  • Operasi disertai oleh 18 pegawai dan anggota penguat kuasa, dengan individu yang cuba melarikan diri tetapi ditahan tanpa insiden.

Pengarah Imigresen Labuan Raymond Entalai berkata serbuan menerusi Op Sapu di empat lokasi kawasan perumahan itu dijalankan selepas pihaknya bertindak atas maklumat awam dan risikan.
"Kesemua yang ditahan itu hasil pemeriksaan terhadap 20 individu terdiri daripada 15 lelaki dan lima wanita warga China.
"Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata operasi terbabit disertai 18 pegawai dan anggota penguat kuasa jabatan itu.
Semasa pemeriksaan dijalankan, terdapat beberapa individu terbabit cuba meloloskan diri melalui pintu belakang premis, namun mereka berjaya ditahan tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Raymod berkata pihaknya turut mengeluarkan empat saman kepada saksi (Borang 29) bagi membantu siasatan manakala kesemua individu ditahan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Labuan untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Labuan
#warga china
#Imigresen
#Op Sapu
#tiada dokumen perjalanan yang sah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan