BANGKOK: Syarikat farmaseutikal AstraZeneca menyatakan mereka kini sudah berada di landasan untuk memenuhi sasaran jadual penghantaran vaksin COVID-19 bagi Asia Tenggara.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, kilang Siam Bioscience Co Ltd yang mengeluarkan vaksin berkenaan di Thailand, akan menghasilkan kira-kira 180 juta dos tahun ini.
"Serentak dengan penghantaran bekalan vaksin tempatan, AstraZeneca akan mula mengeksport vaksin berkenaan ke negara Asia Tenggara pada awal Julai.
"Satu pertiga daripada kapasiti bekalan tempatan dikhaskan kegunaan Thailand, berdasarkan pesanan pembekalan sebanyak 61 juta dos vaksin.
"Baki dua pertiga daripada kapasiti bekalan Thailand akan diagihkan ke rantau Asia Tenggara berdasarkan tempahan," katanya.
AstraZeneca menyatakan, Thailand akan menerima enam juta dos vaksin COVID-19 pada bulan ini.
Ia menyatakan, sebanyak 4.7 juta dos vaksin sudah dihantar kepada Kementerian Kesihatan Awam Thailand dan selebihnya akan dihantar minggu ini.
BACA: Malaysia beri kelulusan pengilang AstraZeneca di Thailand - Dr Noor Hisham
Laporan pada awal bulan ini menyatakan, beberapa negara termasuk Malaysia, Taiwan dan Filipina mendakwa mereka lewat menerima vaksin AstraZeneca yang dihasilkan di Thailand.
Kempen vaksinasi Thailand yang bergantung kepada vaksin AstraZeneca, turut mengalami kelewatan.
Sehingga Isnin, sebanyak kira-kira 9.14 juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dengan kira-kira 2.6 juta sudah lengkap menerima suntikan.
Sementara itu, Presiden AstraZeneca Thailand, James Teague, berkata beliau mahu melihat kadar vaksinasi bertambah rancak di seluruh negara.
"Kami akan terus bekerjasama dengan kerajaan Thailand, untuk mencapai liputan vaksinasi yang efektif di seluruh negara dan rantau ini secepat mungkin," katanya.
Pada Oktober 2020, AstraZeneca, Kementerian Kesihatan Awam, Siam Cement Group dan Siam Bioscience menandatangani perjanjian mengenai komitmen bersama untuk memastikan akses meluas dan saksama terhadap vaksin COVID-19, di Thailand dan di seluruh rantau ini.
AstraZeneca membekalkan vaksin COVID-19 ke seluruh dunia tanpa keuntungan semasa pandemik ini. Lebih 600 juta dos vaksin telah dikeluarkan untuk bekalan kepada 168 negara di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021
Lebih 600 juta dos vaksin AstraZeneca telah dikeluarkan untuk bekalan kepada 168 negara di seluruh dunia. - Gambar fail/ AP
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19
Hakim Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Astrazeneca untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan
Portal mySihatPal menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan.
AstraZeneca tumpu kepada kepada penyakit jarang jumpa, teruskan pelaburan tempatan
AstraZeneca berhasrat menjadi pengupaya penyelesaian yang bekerjasama dalam aspek berbeza kepada pesakit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF2023: Tengku Zafrul bertemu lembaga pengarah AstraZeneca
Pertemuan itu berkisar mengenai potensi untuk AstraZeneca meluaskan operasi di Malaysia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mana-mana vaksin penggalak lebih baik dari tiada - Khairy
Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan dos penggalak Pfizer atau AstraZeneca untuk memberi tambahan perlindungan yang terbaik, ada masyarakat yang masih meminta pilihan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pencipta AstraZeneca, GAVI terima Hadiah Keamanan Sunhak 2022
Pengiktirafan tersebut diberikan atas sumbangan signifikan yang diberikan mereka dalam membantu dunia menghadapi pandemik COVID-19.
KKM pantau semua vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham
KKM akan sentiasa memantau keselamatan semua vaksin COVID-19 yang telah didaftarkan secara bersyarat di Malaysia bagi menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat.