awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atasi krisis populasi, 60 warga emas turun padang cari jodoh untuk anak

Agensi
Agensi
03/09/2023
10:36 MYT
Atasi krisis populasi, 60 warga emas turun padang cari jodoh untuk anak
Sekumpulan warga emas di Jepun berkumpul dalam sesi 'Omiai' atau pencarian jodoh untuk anak masing-masing. -Gambar hiasan/Pexel
TOKYO: Dalam usaha menangani krisis populasi di Jepun, sekumpulan warga emas di negara itu dilaporkan berkumpul dalam sebuah sesi “Omiai” atau pencarian jodoh untuk anak masing-masing.
Acara yang diadakan di sebuah bilik persidangan di bangunan Persekutuan Perdagangan Sakai, Osaka menyaksikan seramai 60 warga emas bertemu dalam usaha mencari pasangan sesuai buat anak mereka.
Memetik CNN, kumpulan warga emas ini bertukar maklumat mengenai hobi, filem, dan restoran kegemaran anak masing-masing termasuk maklumat mengenai diri sendiri.
Pengarah syarikat Noriko Miyagoshi, yang menganjurkan acara pencarian jodoh selama hampir dua dekad memaklumkan idea ibu bapa membantu anak-anak mencari jodoh kini lebih meluas.
“Di masa lampau, orang mungkin merasa malu datang ke acara-acara ini tetapi masa telah berubah,” katanya.
Di acara Omiai, seorang wanita berusia 60-an yang berada di situ bangga bercerita tentang anak lelakinya yang berusia 34 tahun, seorang guru sekolah rendah awam.
Manakala seorang lelaki berusia 80-an bercakap dengan penuh kasih tentang anak lelaki berusia 49 tahun, yang bekerja sebagai pengawal di sebuah syarikat elektrik.
Difahamkan, setiap ibu bapa telah membayar AS$96 (kira-kira RM445) untuk menghadiri acara dianjurkan oleh agensi sokongan mencari jodoh Jepun.
Jepun dikenali sebagai sebuah negara yang terkenal dengan rakyatnya cenderung terhadap kerja dan tidak meletakkan pencarian jodoh sebagai fokus utama.
Dengan kos hidup yang meningkat, prospek ekonomi yang lemah, dan budaya kerja yang menuntut melawan mereka, jumlah rakyat Jepun yang memilih untuk berkahwin dan mempunyai anak semakin berkurang.
Di Jepun, semakin sedikit perkahwinan, jumlah kelahiran dan bilangan penduduk yang direkodkan.
Populasi telah lama menunjukkan trajektori penurunan dan sehingga Januari tahun ini, menurut data kerajaan, telah menyusut di antara 800,523 sehingga 125.4 juta.
Topic Berkaitan
#Jepun
#cari jodoh
#osaka
#krisis populasi
#Omiai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan