awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet ultramarathon terperangkap akibat cuaca buruk di selatan New Zealand

Bernama
Bernama
22/02/2023
06:14 MYT
Atlet ultramarathon terperangkap akibat cuaca buruk di selatan New Zealand
Keterujaan menyertai acara ultramarathon boleh bertukar tragedi apabila keadaan cuaca berubah secara ekstrem. - Gambar hiasan/Facebook Mike Tennent
WELLINGTON: Satu lagi gelombang cuaca buruk melanda selatan New Zealand yang menyebabkan atlet acara ultramaraton terperangkap ketika penduduk di pulau utara negara itu sibuk membersihkan lumpur kesan daripada Taufan Gabrielle, lapor Xinhua.
Enam daripada 110 atlet telah dihantar ke Hospital Queenstown Lakes kerana mengalami gejala hipotermia ringan selepas terperangkap dalam ribut dan banjir berhampiran Arrowtown, lapor media tempatan pada Rabu.
Atlet berkenaan dilaporkan dalam keadaan stabil di hospital, kata penganjur.
Beberapa atlet dipindahkan dengan helikopter manakala 90 orang lagi masih berada di kawasan terbabit untuk menyambung semula acara itu.
Southern Lakes Ultra Marathon, perlumbaan tahunan sejauh 250 kilometer (km) bermula pada Jumaat dan berlangsung selama seminggu.
Agensi ramalan cuaca MetService mengeluarkan amaran hujan lebat pada Rabu di wilayah Otago.
Taufan Gabrielle yang melanda pulau utara sejak seminggu lalu, menyebabkan 11 orang terkorban selain gangguan bekalan elektrik, pembatalan penerbangan dan penutupan sekolah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ultramarathon
#New Zealand
#cuaca buruk
#atlet terperangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan