BANGKOK: Pemimpin Myanmar yang digulingkan Aung San Suu Kyi akan muncul buat kali pertama sejak rampasan kuasa tentera di mahkamah khas di Naypyitaw pada 24 Mei, lapor Sputnik memetik laporan wadah berita pembangkang Irrawaddy pada Isnin.
Semua perbicaraan mahkamah kes Aung San Suu Kyi sebelum ini, termasuk pada Isnin, diadakan secara sidang video.
Menurut laporan itu, perbicaraan berikutnya akan diadakan di mahkamah daerah Zayar Theikdi Ward, berdekatan kediaman kaunselor negara yang digulingkan itu di Naypyitaw.
Semasa perbicaraan pada Isnin, Aung San Suu Kyi sekali lagi menuntut pertemuan peribadi dengan peguamnya yang belum pernah ditemuinya untuk berbincang mengenai pembelaan, kata media tersebut.
Ikon demokrasi Myanmar itu ditahan bersama beberapa pegawai tinggi lain pada 1 Feb, ketika rampasan kuasa tentera yang menuduh partinya terlibat penipuan dalam pilihan raya November.
Sebilangan besar mereka yang ditahan telah dibebaskan, kecuali Aung San Suu Kyi, Presiden Win Myint dan beberapa pemimpin kanan parti yang dikenakan tahanan rumah.
Aung San Suu Kyi pada awalnya dituduh mengimport walkie-talkie secara tidak sah dan melanggar undang-undang bencana alam dengan mengadakan kempen menjelang pilihan raya November, melanggar sekatan pergerakan COVID-19.
Tentera kemudiannya menuduh Aung San Suu Kyi melanggar undang-undang mengenai rahsia negara, yang boleh dihukum penjara hingga 14 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 11 2021
Aung San Suu Kyi dituduh melanggar undang-undang mengenai rahsia negara, yang boleh dihukum penjara hingga 14 tahun. - Gambar fail REUTERS
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Aung San Suu Kyi akan tampil pertama kali di mahkamah pada 24 Mei
Semua perbicaraan mahkamah kes Aung San Suu Kyi sebelum ini, termasuk pada Isnin, diadakan secara sidang video.
Persatuan, pertubuhan dibatal jika gagal patuhi perlembagaan - TPM Ahmad Zahid
Persatuan atau pertubuhan berdaftar yang melakukan aktiviti yang melangkaui perlembagaan pertubuhan berkenaan atau melanggar undang-undang sedia ada akan dibatalkan penubuhannya oleh ROS.
Ramadan menginsafkan banduan terhadap kesalahan lalu
50 banduan meluahkan perasaan mereka semasa majlis berbuka puasa bersama keluarga mereka pada Program Imarah Ramadan.