awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia, New Zealand tekad lindungi industri perfileman susulan ancaman tarif Trump

Bernama
Bernama
05/05/2025
09:21 MYT
Australia, New Zealand tekad lindungi industri perfileman susulan ancaman tarif Trump
Trump mengumumkan pada Ahad bahawa beliau telah mengarahkan pelaksanaan segera tarif 100 peratus terhadap semua filem asing yang diimport ke Amerika Syarikat. - Gambar hiasan/Unsplash
JAKARTA: Australia dan New Zealand berikrar untuk mempertahankan industri perfileman masing-masing selepas pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenai rancangan mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua filem yang diterbitkan di luar negara, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan Sydney Morning Herald pada Isnin.
Menteri Kesenian Australia, Tony Burke berkata kerajaan tidak memandang ringan terhadap cadangan Trump.
"Saya telah berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif Screen Australia dan kami sedang memantau perkara ini dengan teliti... Jangan ada sebarang keraguan bahawa kami akan mempertahankan hak industri perfileman Australia secara tegas," katanya kepada akhbar itu.
Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon memberitahu pemberita bahawa kerajaan beliau sedang menunggu butiran lanjut mengenai tarif yang dicadangkan, namun menegaskan sokongan kuat terhadap sektor terbabit.
Tindakan balas oleh Australia dan New Zealand itu menyusul selepas Trump mengumumkan pada Ahad bahawa beliau telah mengarahkan pelaksanaan segera tarif 100 peratus terhadap semua filem asing yang diimport ke Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Australia
#New Zealand
#tarif AS
#Donald Trump
#industri perfileman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan