awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial

Agensi
Agensi
10/09/2024
00:45 MYT
Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Australia merancang untuk memperkenalkan undang-undang tahun ini untuk melarang kanak-kanak daripada menggunakan platform media sosial, dengan alasan risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental. - Gambar hiasan
SYDNEY: Australia merancang untuk memperkenalkan undang-undang tahun ini untuk melarang kanak-kanak daripada menggunakan platform media sosial, dengan alasan risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental.
Perdana Menterinya, Anthony Albanese berkata, kerajaannya akan memulakan percubaan pengesahan umur dalam beberapa bulan akan datang.
"Saya mahu melihat kanak-kanak melepaskan peranti mereka dan ke padang bola sepak, kolam renang dan gelanggang tenis. Kami mahu mereka mempunyai pengalaman sebenar dengan orang sebenar kerana kami tahu bahawa media sosial menyebabkan kemudaratan sosial," kata Albanese kepada stesen penyiar berita kebangsaan, ABC News.
Albanese, bagaimanapun, tidak menyatakan had umur untuk larangan itu, namun berkata, beliau "melihat pada julat antara 14 dan 16."
Kata Albanese, beliau bimbang kesan buli siber terhadap kesihatan mental kanak-kanak dan pendedahan mudah kepada kandungan di media sosial yang boleh membahayakan mereka.
Langkah itu dibuat selepas pengawal selia eSafety Australia pada Julai meminta firma internet untuk menghasilkan kod boleh dikuatkuasakan yang memperincikan bagaimana ia akan menghalang kanak-kanak daripada melihat pornografi dan bahan lain yang tidak sesuai atau menghadapi kod yang dikenakan ke atas industri.
Beberapa negara telah berusaha menyekat penggunaan media sosial oleh golongan bawah umur tetapi cabaran dan teknologi undang-undang, seperti rangkaian peribadi maya yang menyembunyikan lokasi, telah menyukaran usaha kerajaan.
"Ini adalah isu global yang cuba ditangani oleh kerajaan di seluruh dunia... kami tahu ia bukan mudah dan ia tidak mudah, jika tidak kerajaan akan bertindak balas sebelum ini," kata Albanese. - Reuters
Topic Berkaitan
#media sosial
#larang kanak-kanak
#Australia
#kesihatan fizikal dan mental
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan