awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia siasat dokumen perang Iraq yang hilang

Bernama
Bernama
03/01/2024
08:03 MYT
Australia siasat dokumen perang Iraq yang hilang
Albanese berkata rakyat Australia berhak untuk mengetahui mengapa negara itu menyertai pencerobohan yang diketuai oleh Amerika Syarikat terhadap Iraq pada tahun 2003. - Gambar fail/Reuters
CANBERRA: Perdana Menteri Australia telah memulakan siasatan terhadap dokumen yang hilang berkaitan dengan keputusan kerajaan terdahulu untuk menyertai Perang Iraq, lapor Xinhua.
Dalam sidang media pertamanya tahun ini, Anthony Albanese pada Rabu berkata rakyat Australia berhak untuk mengetahui mengapa negara itu menyertai pencerobohan yang diketuai oleh Amerika Syarikat terhadap Iraq pada tahun 2003.
Beliau turut mengarahkan siasatan untuk mengetahui mengapa beberapa rekod berkaitan dengan keputusan itu dikekalkan sebagai rahsia.
Setiap tahun pada 1 Jan, Arkib Negara Australia (NAA) membuka dokumen sulit kerajaan yang disimpan 20 tahun lepas di bilik kebal kerajaan.
Bagaimanapun, dokumen terbaru yang dibenarkan dibuka pada Isnin tidak termasuk 78 dokumen berkaitan dengan perbincangan oleh Jawatankuasa Keselamatan Negara (NSC) kabinet mengenai sama ada perlu atau tidak menyertai konflik di Iraq.
Albanese berkata dokumen berkenaan tidak diserahkan kepada NAA apabila kerajaan ketika itu dikehendaki berbuat demikian pada tahun 2020, tetapi ia ditemukan pada hari-hari terakhir tahun 2023.
Dokumen itu akan menjadi pengetahuan umum setelah disaring untuk kepentingan keselamatan negara.
Beliau mengaitkan dokumen yang hilang itu kepada kelalaian pentadbiran tetapi mengumumkan bahawa bekas pegawai awam kanan, Dennis Richardson, akan menjalankan siasatan untuk menentukan sama ada ia sengaja disorok.
Parti Buruh, yang kini diketuai oleh Albanese, pada tahun 2003 menentang keras keputusan kerajaan untuk menglibatkan Australia dalam perang, dengan pemimpin parti ketika itu, Simon Crean menyifatkan pencerobohan itu menyalahi undang-undang dan tidak adil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Australia
#Anthony Albanese
#perang Iraq
#dokumen hilang
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan