awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia tahan lima suspek mahu belayar menyertai Daish

Agensi
Agensi
11/05/2016
03:52 MYT
Australia tahan lima suspek mahu belayar menyertai Daish
Australia yang merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat (AS), telah meletakkan tahap waspada yang tinggi bagi serangan kumpulan radikal dalam negara sejak 2014. - Gambar fail
Polis Austalia menahan lima lelaki yang disyaki merancang pelayaran dalam bot kecil ke Indonesia dan Filipina untuk menyertai aktiviti Daish di Syria.
Semua suspek ditahan pada Selasa selepas menunda bot berukuran tujuh meter itu sejauh 3,000km dari Melbourne ke Cairns di negeri Queensland, kata polis.
Menurut Reuters, Australia selama ini sering dikritik kerana polisi imigresen ketat yang disasarkan kepada kumpulan pemohon suaka yang datang dari Indonesia, namun ada juga sejumlah kecil yang bergerak ke arah bertentangan untuk meninggalkan perairan Negara Kanggaru itu.
“Kami sedang menyiasat dakwaan bahawa mereka sedang merancang untuk belayar ke Indonesia dan Filipina, dengan kemungkinan berakhir di Syria.
“Ia bukan sesuatu yang biasa terjadi. Saya merasakan bahawa itu adalah tindakan orang yang mahu ke Syria dengan bot, namun saya tidak mempunyai perangkaan tepat,” ujar Timbalas Pesuruhjaya Polis Negeri Victoria, Shane Patton.
Kelima-lima suspek itu masih belum didakwa. Di bawah kuasa keselamatan baharu yang lebih ketat, warga Australia dikenakan hukuman sehingga sedekad di penjara jika didapati mengembara ke destinasi yang dilarang, termasuk bandar Raqqa di Syria.
Salah seorang yang ditahan itu ialah Musa Cerantonio iaitu seroang mualaf dari Melbourne berusia 17 tahun yang dahulunya pengikut Kristian Katolik namun kemudian memeluk agama Islam lalu menjadi pendakwah radikal.
Australia yang merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat (AS), telah meletakkan tahap waspada yang tinggi bagi serangan kumpulan radikal dalam negara sejak 2014.
Kira-kira 100 orang telah meninggalkan Australia untuk menyertai kumpulan militan Daish di Syria, ujar Menteri Imigresen Australia bulan lalu.
Topic Berkaitan
#daish
#militan
#pemohon suaka
#Polis Sustralia
#polisi imigreresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan