awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
140,000 kes tangkapan ular direkod pada 2025 - APM
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar

Bernama
Bernama
04/02/2026
06:30 MYT
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Shamsul Anuar berkata walaupun penggunaan MyDigital ID digunakan bagi mengakses perkhidmatan kerajaan, kaedah manual masih diteruskan bagi memudahkan golongan rentan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa setiap dasar atau pendekatan dilaksanakan termasuk proses pendigitalan perkhidmatan khususnya dalam bidang keselamatan tidak akan menjejaskan kepentingan serta masa depan masyarakat termasuk Orang Asli.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata walaupun penggunaan MyDigital ID digunakan bagi mengakses perkhidmatan kerajaan, kaedah manual masih diteruskan bagi memudahkan golongan rentan.
Bagi perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau berkata aplikasi MyBayar PDRM merupakan aplikasi dalam talian diintegrasikan sepenuhnya dengan MyDigital ID bermula 1 Okt lepas, namun warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) serta penduduk luar bandar yang mempunyai kekangan capaian Internet atau kemahiran digital masih boleh membuat bayaran saman dan urusan berkaitan melalui saluran alternatif.
"Bagi kawasan luar bandar dan penempatan Orang Asli, kewujudan Pusat Ekonomi Digital di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut membantu komuniti mengakses perkhidmatan kerajaan melalui kemudahan Internet dan latihan literasi digital.
"MyDigital ID adalah alternatif pengesahan identiti digital yang selamat dan tidak menggantikan sepenuhnya penggunaan MyKad atau dokumen pengenalan diri fizikal. Justeru mereka yang tidak berupaya menggunakan kemudahan digital, kaedah pengesahan secara manual dan bersemuka di kaunter perkhidmatan akan terus dilaksanakan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Topic Berkaitan
#MyDigital ID
#Orang Asli
#pendigitalan perkhidmatan awam
#Shamsul Anuar Nasarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan