BANGKOK: Sejak ganja didekriminalisasi di Thailand Jun lalu, semakin ramai membanjiri kedai dan gerai yang menjual pelbagai produk ganja. Ia merupakan perubahan dalam dasar yang boleh dijadikan produk pelancongan apabila negara itu membuka semula sempadannya.
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Thailand memberi amaran kepada pelancong bahawa ia bukan 'undangan' bagi warga asing menggunakannya secara bebas.
Thailand mendekriminalisasi penggunaan ganja pada 9 Jun 2022, sekali gus menjadi negara pertama di Asia yang membenarkan penanaman dan penjualan produk ganja.
Ketika ini, lebih satu juta telah mendaftar bagi mendapatkan kebenaran untuk menanam ganja, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Thailand.
Dalam temu bual dengan CNN, Menteri Kesihatan Thailand, Anutin Charnvirakul berkata 'menghalalkan' ganja boleh meningkatkan ekonomi sebanyak AS$2 bilion dalam tempoh lima tahun.
Ia dijangka memacu sektor pertanian khususnya. Tetapi adakah peraturan baharu itu juga akan meningkatkan industri pelancongan?
Pelbagai produk baharu yang berorientasikan kesihatan
Dalam beberapa minggu sahaja, pelbagai kafe dan peruncit yang menawarkan produk yang diselitkan kanabis berkembang pesat di Bangkok dan beberapa tempat lain.
Menurut BBC, dasar baharu terhadap ganja juga boleh memberi kesan besar kepada pelancongan, terutamanya dalam senario di mana orang ramai secara khusus melawat negara itu untuk terapi berkaitan kanabis.
Dasar baharu itu bertepatan dengan pelonggaran sekatan kesihatan COVID-19 dan pembukaan semula negara itu kepada pelancong.
Jumlah pengunjung sudah meningkat tetapi masih rendah berbanding angka pra-pandemik. Pada suku kedua 2022, jumlah pelawat mencecah 1.58 juta, menurut statistik kerajaan, dan negara berkenaan dijangka menerima antara 5 dan 15 juta pelawat asing pada tahun itu. Jauh berbeza daripada 40 juta pelancong yang melawat pada 2019.
Peraturan kabur?
Dekriminalisasi ganja di Negara Gajah Putih itu bermakna ia telah dikeluarkan daripada senarai narkotik. Ribuan penjenayah yang ditahan atas kesalahan berkaitan penggunaan ganja, telah dibebaskan dari penjara.
Walau bagaimanapun, Charnvirakul menggariskan bahawa penggunaan untuk tujuan rekreasi masih tidak dibenarkan di Thailand, dan Timbalan Gabenor Pelancongan, Siripakorn Cheawsamoot mengingatkan agar pelancong yang mempertimbangkan untuk datang kerana ganja, bahawa "undang-undang tidak meliputi penggunaan ganja rekreasi... dan promosi pelancongan difokuskan mengenai (aspek) perubatan," menurut SCMP.
Seseorang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan dan denda 25,000 baht (AS$700) kerana menghisap ganja di khalayak ramai.
Beberapa peraturan mengenai ganja di Thailand masih kabur, dan nampaknya undang-undang baharu diperlukan bagi menjelaskan bagaimana tumbuhan itu boleh digunakan.
Agensi
Tue Aug 09 2022
Menteri Kesihatan Thailand memberi amaran kepada pelancong bahawa ia bukan 'undangan' bagi warga asing menggunakannya secara bebas. - Gambar fail
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MAQIS gagalkan cubaan seludup 23 tan ayam sejuk beku dari Thailand
MAQIS turut menggagalkan cubaan membawa masuk sebanyak 16,904kg cili di Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam pada Sabtu lalu.
Pelajar rentas Sungai Golok akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Pelajar warganegara Malaysia yang menetap di Thailand dan merentas Sungai Golok untuk bersekolah di negara ini, bakal ditempatkan di asrama.
PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.
Thailand kesan kes pertama penyakit berkaitan 'vape'
Akhbar Bangkok Post melaporkan, seorang lelaki dari Buri Ram telah dikesan menghidap penyakit Evali, atau kecederaan paru-paru berkaitan rokok elektronik atau 'vape'.
Polis tumpaskan dua cubaan seludup kosmetik buatan Thailand
Dua cubaan menyeludup produk kosmetik berjaya ditumpaskan sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pasir Mas.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.