Syarikat teknologi Samsung Amerika Syarikat memanggil semula 2.8 juta mesin basuh keluarannya ekoran kebimbangan penutup atasnya berkemungkinan tercabut dan mencederakan pengguna.
Perkara itu diumumkan syarikat dari Korea itu bersama jabatan keselamatan Amerika Syarikat pada Jumaat.
Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata penutup atas mesin basuh terbabit “boleh secara tidak dijangka tertanggal daripada casis mesin ketika diguna sekali gus memberikan risiko kecederaan.”
Samsung sebelum itu telah menerima 733 laporan masalah berkaitan mesin basuh keluarannya. Sembilan daripada kes terbabit membabitkan kecederaan, patah rahang dan kecederaan bahu.
Menurut kenyataan oleh Samsung, mesin basuh yang terbabit adalah dari keluaran tahun 2011.
Insiden terbaharu ini memberikan satu lagi tamparan hebat buat Samsung yang sebelum ini telah menghentikan keluaran telefon pintar Note 7 keluarannya ekoran masalah bateri yang cepat panas dan terbakar.
Agensi
Fri Nov 04 2016
Menurut kenyataan oleh Samsung, mesin basuh yang terbabit adalah dari keluaran tahun 2011. - EPA/MICHAEL NELSON
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Bahaya penutup terpelanting, Samsung tarik balik 2.8 juta mesin basuh di AS
Samsung sebelum itu telah menerima 733 laporan masalah berkaitan mesin basuh keluarannya.