awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahrain kutuk insiden bakar al-Quran di Denmark

Bernama
Bernama
24/07/2023
06:21 MYT
Bahrain kutuk insiden bakar al-Quran di Denmark
Bahrain mengutuk sekeras-kerasnya insiden membakar al-Quran di Denmark dan menyifatkan perbuatan itu sebagai "hasutan kepada kebencian agama dan kaum. -Gambar hiasan
MANAMA: Bahrain mengutuk sekeras-kerasnya insiden membakar al-Quran di Denmark dan menyifatkan perbuatan itu sebagai "hasutan kepada kebencian agama dan kaum," lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Bahrain menegaskan mengenai perlunya tindakan tegas diambil terhadap perbuatan sedemikian yang bercanggah dengan nilai kemanusiaan dan kebebasan beragama selain melanggar undang-undang antarabangsa.
Pada Jumaat, kumpulan Danske Patrioter Denmark berhaluan kanan membakar senaskhah al-Quran dan memijak bendera Iraq di hadapan Kedutaan Iraq di Copenhagen, ibu negara Denmark, menurut laporan media Denmark.
Sementara itu di Beirut, menteri luar Sweden pada Ahad menyatakan kekesalannya atas serangan ke atas al-Quran di Stockholm baru-baru ini, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan.
Dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Lubnan Abdallah Bou Habib, Tobias Billstrom menyuarakan kekesalan Sweden atas pencemaran al-Quran dan penghinaan terhadap kepercayaan dan simbol Islam.
Habib menerima baik kenyataan itu dan menggesa Sweden mengambil langkah tambahan yang "praktikal" untuk mengurangkan perasaan benci dan Islamofobia yang semakin meningkat.
Pada Khamis, seorang pelarian Iraq yang sebelum ini pernah membakar naskhah al-Quran pada bulan lalu, bertindak memijak kitab suci itu semasa demonstrasi di ibu negara Sweden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Denmark
#Bahrain
#bakar al-Quran
#Danske Patrioter Denmark
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan