BAJU panas dimiliki Puteri Diana yang memaparkan seekor kambing biri-biri hitam bersama beberapa ekor kambing biri-biri putih dijual pada harga AS$1.14 juta (RM5.34 juta) dalam satu lelongan oleh Sotheby's di New York.
Lelongan itu dibuka pada 31 Ogos lalu dan tawaran awal kekal pada harga AS$200,000 (RM936,400) sehingga ia dinaikkan pada saat akhir pada Khamis.
Sebelum lelongan itu dibuka, Sotheby's menganggarkan "baju panas kambing biri-biri" itu akan dijual sekitar harga AS$50,000 hingga AS$80,000.
Identiti pemenang lelongan itu tidak didedahkan.
Baju panas berkenaan, yang ditemui pada bulan Mac lalu, antara beberapa objek milik 'Puteri Rakyat' itu yang dilelong dalam beberapa tahun sejak kebelakangan itu.
Reka bentuk baju panas itu sering dikatakan sebagai simbolik kedudukan Diana dalam keluarga diraja Britain.
Pada tahun 2022, kenderaan milik Diana, sebuah kereta jenis Ford Escort, dilelong pada harga AS$806,000 (RM3.77 juta).
Barang kemas Attallah Cross dengan batu kecubung (amethyst) yang sering dipakai Diana, dijual kepada Kim Kardashian pada harga AS$203,000 (RM950,000) dalam satu lelongan pada Januari lepas. - Agensi
Astro Awani
Thu Sep 14 2023
Baju panas milik Puteri Diana yang dilelong pada harga RM5.34 juta oleh Sotheby's. - Foto Twitter/Sotheby's
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Gaun Puteri Diana dilelong pada harga AS$1,148,080
Gaun yang pernah dipakai oleh mendiang Puteri Diana, pada 1985 memecah rekod lelongan baharu dengan harga 11 kali ganda daripada harga yang dianggarkan.
Baju panas milik Puteri Diana dilelong pada harga RM5.34 juta
Baju panas berkenaan, yang ditemui pada bulan Mac lalu, antara beberapa objek milik 'Puteri Rakyat' itu yang dilelong.
Kereta milik Puteri Diana dilelong pada harga AS$762,600
Kalau dalam Ringgit Malaysia harga lelongan Ford Escort RS Turbo Siri 1 ialah sekitar RM3.4 juta!
Bekas jurugambar peribadi Puteri Diana meninggal dunia
Demarchelier merupakan jurugambar peribadi Puteri Diana pada tahun 1989, menjadikannya jurugambar bukan kelahiran British pertama bekerja dengan keluarga diraja.
Anak pembaptisan Puteri Diana, Putera Philippos disatukan dengan Nina Flohr buat kali ketiga
Putera Philippos melangsungkan perkahwinan bersama waris VistaJet berusia 34 tahun itu dalam satu majlis mewah.
Tugu Peringatan Puteri Diana dirasmikan sempena ulang tahunnya ke-60
Tugu peringatan itu dibina atas permintaan William dan Harry pada 2017 ketika ulang tahun ke-20 kematian ibu mereka.
Tiga rakyat Malaysia terima Anugerah Diana 2021
Tiga anak muda Malaysia membanggakan negara apabila menjadi antara lebih 300 penerima Anugerah Diana 2021 berpangkalan di United Kingdom (UK)
Puteri Diana dinobat wanita diraja dengan wajah paling sempurna
Diana menewaskan Permaisuri Rania dari Jordan dan dua menantunya, Kate Middleton dan Meghan Markle.
Pemergian Putera Phillip bakal 'satukan' semula William dan Harry
William dan Harry akan berjalan beriringan sewaktu Perarakan Diraja, mengiringi jasad Duke of Edinburgh di Istana Windsor, pada 17 April ini
Kahwin rahsia dan hampir bunuh diri, berikut 10 pendedahan sensasi Meghan dan Putera Harry kepada Oprah
Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, Meghan Markle pada Ahad membuat pendedahan sensasi termasuk mendakwa ahli keluarga diraja Britain menyebabkan beliau hampir membunuh diri.