awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Extra Joss Oren kembali, segar & bertenaga setiap hari
Legenda bola sepak Wales, Terry Yorath meninggal dunia
Presiden Korea Selatan guna 'diplomasi penguin', seru perdamaian dengan Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS bakal label Kumpulan Wagner sebagai 'pertubuhan jenayah'

Bernama
Bernama
21/01/2023
04:59 MYT
AS bakal label Kumpulan Wagner sebagai 'pertubuhan jenayah'
AS bakal label Kumpulan Wagner sebagai "pertubuhan jenayah" antarabangsa dan berikrar akan mengenakan sekatan tambahan kepada firma berkaitan Kremlin itu. -Reuters
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bakal melabelkan Kumpulan Wagner iaitu sebuah perbadanan ketenteraan persendirian Rusia sebagai "pertubuhan jenayah" antarabangsa dan berikrar akan mengenakan sekatan tambahan kepada firma berkaitan Kremlin itu.
Jabatan Perbendaharaan akan melabel Wagner sebagai "pertubuhan utama jenayah rentas sempadan" dan pada minggu depan pentadbiran Presiden Joe Biden bakal mengenakan sekatan ekonomi ke atas organisasi serta rangkaian yang menyokong pertubuhan itu, kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby kepada pemberita pada Jumaat.
"Tindakan ini mengiktiraf ancaman rentas sempadan yang ditimbulkan Wagner termasuk melalui corak aktiviti jenayah serius yang berterusan.
"Mesej kami kepada mana-mana syarikat yang sedang mempertimbangkan untuk memberikan sokongan kepada Wagner ialah: Wagner pertubuhan jenayah yang melakukan kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia," lapor Agensi Anadolu memetik Kirby.
Menurut penilaian AS, Wagner mempunyai kira-kira 50,000 kakitangan yang ditempatkan di Ukraine.
Firma itu penting kepada Rusia dan didakwa turut terlibat dalam konflik di seluruh dunia termasuk di Libya, Republik Afrika Tengah dan Mali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kumpulan Wagner
#perbadanan ketenteraan persendirian Rusia
#pertubuhan jenayah
#John Kirby
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan