Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon berada di kedudukan kedua tertinggi dalam sebuah undian yang dijalankan mengenai presiden pilihan Korea Selatan lapor portal berita Channel News Asia.

Keputusan tersebut dikeluarkan pada Jumaat (13 Januari) dengan 11 peratus dibelakang bekas ketua pembangkang Moon Jae-In yang mendahului undi Gallup Korea pada 31 peratus.

Korea Selatan dilanda krisis politik sejak penggubal undang-undang mendakwa Presiden Park Geun-hye atas skandal rasuah dan tindakan kontroversi dalam menyebarkan pengaruh beliau.

Keputusan mengenainya kini dalam penilaian Mahkamah Perlembagaan dan akan melaksanakan pilihanraya presiden sekiranya dibenarkan.

Ban, 72, kembali ke tempat asalnya di Korea Selatan pada Khamis. Beliau masih belum mengesahkan secara rasmi akan keputusannya untuk bertanding pada pilihan raya presiden yang akan datang namun akan membuat keputusan secepatnya demi masa depan politik beliau.

Pada Jumaat, Ban melawat Makam Kebangsaan Seoul dan pusat komuniti di kawasan kediamannya selepas berkhidmat selama sedekad di New York sebagai ketua PBB.

Undian tersebut telah dijalankan pada 10 hingga 12 Januari dan mengambil kira kes pertuduhan rasuah dua saudara Ban oleh pendakwaraya AS. Ban bagaimanapun menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui tentang kes melibatkan saudaranya.

Adik lelaki Ban iaitu Ban Ki-sang dan anak buahnya Joo Hyu Bahn telah dituduh di Mahkamah Persekutuan Manhattan pada Selasa atas sebuah skim untuk merasuah pegawai Asia Barat dalam usaha mendapatkan jualan AS$800 juta bagi penjualan bangunan kompleks Landamark 72 di Vietnam.

Kontroversi mengenai penjualan bangunan tersebut yang dikaitkan dengan saudara Ban telah dilaporkan kepada media Korea Selatan.