awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bandar purba Si Thep di Thailand disenarai sebagai Warisan Dunia UNESCO

Bernama
Bernama
20/09/2023
02:00 MYT
Bandar purba Si Thep di Thailand disenarai sebagai Warisan Dunia UNESCO
Penyenaraian Bandar Purba Si Thep sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO membawa kebanggaan besar kepada rakyat Thailand. - Foto Twitter/UNESCO
BANGKOK: UNESCO memasukkan Bandar Purba Si Thep di Thailand dan monumen Dvaravati yang berkaitan di wilayah utara Phetchabun ke dalam Senarai Warisan Dunianya.
Bandar Lama Si Thep adalah tapak Warisan Dunia UNESCO yang ke-7 di Thailand.
Tapak Warisan Dunia UNESCO lain di Thailand termasuk bandar bersejarah Ayutthaya, bandar bersejarah Sukhothai dan bandar bersejarah yang berkaitan, Santuari Hidupan Liar Thungyai-Huai Kha Khaeng, Tapak Arkeologi Ban Chiang, Kompleks Hutan Dong Phayayen-Khao Yai dan Kompleks Hutan Kaeng Krachan.
Sesi lanjutan ke-45 Jawatankuasa Warisan Dunia (WHC), yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa mencatatkan Bandar Purba Si Thep dan monumen Dvaravati yang berkaitan dalam Senarai Warisan Dunia di bawah Konvensyen 1972 Berkenaan Perlindungan Warisan Kebudayaan dan Alam Semula Jadi Dunia UNESCO.
Bandar Purba Si Thep dan monumen Dvaravati yang berkaitan merupakan hartanah tiga bahagian: tapak bandar kembar yang berbeza, menampilkan Bandar Dalam dan Luar yang dikelilingi oleh parit; monumen purba Khao Klang Nok yang besar dan monumen purba Gua Khao Thamorrat.
Tapak-tapak itu mewakili seni bina, tradisi seni dan kepelbagaian agama Empayar Dvaravati yang berkembang di Thailand Tengah dari abad ke-6 hingga ke-10, menunjukkan pengaruh dari India.
Sementara itu, Perdana Menteri Srettha Thavisin menyatakan rasa terima kasih yang mendalam kepada UNESCO atas penyenaraian Bandar Purba Si Thep dan monumen Dvaravati yang berkaitan.
Penyenaraian itu menandakan permulaan kerjasama dan tindakan kolektif untuk memulihara, mengembalikan dan melindungi tapak yang tidak ternilai ini untuk menjadi pusat pembelajaran dan khazanah bukan sahaja untuk orang di seluruh dunia tetapi juga untuk generasi masa depan.
"Saya berharap untuk menyambut kedatangan anda semua ke tapak warisan dunia luar biasa kami di Bandar Purba Si Thep selain untuk berganding bahu dalam pemuliharaan dan pembangunan ekopelancongan lestari bersama-sama dengan rakyat Thailand," katanya dalam video yang dimuat naik di "X".
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata penyenaraian Bandar Purba Si Thep sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO membawa kebanggaan besar kepada rakyat Thailand.
"Ia meningkatkan kesedaran antarabangsa terhadap nilai-nilai dan kepentingan Bandar Purba Si Thep sebagai tapak Warisan Dunia budaya," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Si Thep
#Tapak Warisan Dunia UNESCO
#bandar purba
#Dvaravati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan