awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara

Bernama
Bernama
17/01/2025
20:45 MYT
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5. - Gambar Reuters
BANGKOK: Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) menggesa sektor awam dan swasta melaksanakan langkah Bekerja Dari Rumah (WFH) dari 20 hingga 21 Jan 2025, susulan jangkaan peningkatan tahap zarah halus PM2.5 di ibu negara.
Jurucakap BMA, Aekvarunyoo Amrapala dalam kenyataan pada Jumaat berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan ramalan cuaca yang menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daripada 50 daerah di Bangkok berpotensi mengalami peningkatan tahap PM2.5, meletakkan pencemaran itu dalam zon jingga.
"Jika tahap pencemaran kekal atau bertambah buruk, arahan WFH mungkin dilanjutkan sehingga 24 Januari 2025. Agensi dan rangkaian berkaitan yang terlibat dalam pelaksanaan langkah ini telah dimaklumkan lebih awal bagi mengurangkan gangguan," katanya.
Beliau berkata, lebih 80 kawasan panas aktiviti pembakaran terbuka dikesan antara 11 hingga 15 Jan, yang menyumbang kepada peredaran udara yang lemah di ibu kota.
Sesuatu kawasan dikategorikan sebagai zon jingga apabila kepekatan PM2.5 berada dalam lingkungan 37.6 hingga 75.0 mikrogram per meter padu.
Di kawasan sebegini, orang ramai dinasihatkan memakai pelitup muka dan mengehadkan aktiviti luar.
Aekvarunyoo turut memaklumkan, pihak sekolah diberi kuasa untuk menentukan sama ada mahu menutup atau tidak institusi itu sepanjang tempoh ini bergantung kepada tahap pencemaran dan budi bicara masing-masing. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#ramalan cuaca
#kemerosotan kualiti udara
#kerja dari rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan