Skip to main content

Malaysia

Landasan LTSAAS dibuka semula, operasi penerbangan pulih berperingkat - MAHB

[TB]_Airport operations SZB_FB Malaysia Airports
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan memaklumkan landasan lapangan terbang itu dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan akhir berjaya diselesaikan.
Advertisement

SUBANG: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang kembali beroperasi secara berperingkat selepas landasan dibuka semula pada jam 3 petang hari ini susulan insiden kebakaran sebuah helikopter tengah hari tadi.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan landasan lapangan terbang itu dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan akhir berjaya diselesaikan.

"Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dibuka semula pada 3 petang susulan kejayaan menyelesaikan pemeriksaan keselamatan akhir.

"Operasi lapangan terbang kini kembali pulih secara berperingkat," menurut kenyataan itu.

MAHB menasihatkan penumpang supaya mendapatkan maklumat terkini berhubung status penerbangan masing-masing dengan menghubungi syarikat penerbangan yang terlibat.

Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah hari ini, sebuah helikopter dilaporkan meletup dan terbakar sepenuhnya ketika menjalani ujian.

Empat warga Ukraine terdiri daripada seorang juruterbang, seorang pembantu juruterbang dan dua kru terselamat, namun seorang dilaporkan cedera selepas terkena serpihan.

 

Must Watch Video

Advertisement