Skip to main content

Dunia

Bangunan polis tentera runtuh di wilayah Leningrad Rusia

- Foto Agensi
- Foto Agensi
Advertisement

ST. PETERSBURG: Sebuah bangunan polis tentera runtuh di bandar Sertolovo di Wilayah Leningrad Rusia, dengan operasi menyelamat sedang dijalankan, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa, lapor Xinhua.

Alexander Drozdenko, gabenor wilayah Leningrad, berkata menerusi saluran Telegram beliau bahawa kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan dan usaha menyelamat mangsa yang cedera sedang giat dijalankan.

"Saya telah mengarahkan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk membantu pihak tentera membersihkan runtuhan dan menyelamatkan mangsa yang cedera susulan kejadian bangunan polis tentera runtuh di kawasan unit tentera di Sertolovo," kata Drozdenko.

Advertisement

Butiran lanjut mengenai jumlah mangsa dan punca kejadian masih belum didedahkan.

-- BERNAMA-XINHUA

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement