CANTIANO: Sekurang-kurangnya 10 orang maut akibat banjir kilat susulan hujan lebat yang melanda di beberapa kawasan di timur Itali, pada Jumaat.

Menurut pihak berkuasa, empat orang didapati hilang akibat kejadian tersebut setakat ini.

Dua kanak-kanak merupakan antara individu yang masih lagi hilang akibat air banjir yang deras.

Banjir terburuk melanda bandar Senigallia, manakala bandar-bandar kecil di bukit berhampiran bandar pelancongan Renaissance Urbino turut dilanda banjir apabila sungai air, lumpur dan serpihan yang bergerak laju mengalir melalui jalan-jalan utama.

Puluhan mangsa terpaksa melarikan diri dengan memanjat bumbung rumah dan pokok sementara menunggu diselamatkan.

Seramai 300 anggota bomba dikerah mengharungi air melepasi paras pinggang untuk menyelamatkan mangsa.

Aset-aset seperti bot dan helikopter juga digunakan bagi tujuan misi penyelamatan.