Skip to main content

Dunia

Ribut, air pasang besar landa pesisir California

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan orang ramai terkejut menyaksikan kejadian itu, dengan ada yang melaungkan bahawa sebahagian struktur jeti tersebut telah hilang dihanyutkan ombak. - Foto AP
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan orang ramai terkejut menyaksikan kejadian itu, dengan ada yang melaungkan bahawa sebahagian struktur jeti tersebut telah hilang dihanyutkan ombak. - Foto AP

Ringkasan AI

  • Ribut kuat dan fenomena air pasang besar diperkukuh El Nino menyebabkan banjir, kerosakan harta benda dan ombak berbahaya di pesisir California serta pantai barat Amerika Syarikat.
  • NOAA melaporkan beberapa lokasi mencatat paras air pantai tertinggi pernah direkodkan, meningkatkan risiko limpahan air dan hakisan pantai.
  • Pihak berkuasa mengingatkan lebih banyak fenomena air pasang besar dijangka Disember dan Januari, serta menggesa penduduk sentiasa berwaspada.
Advertisement

CALIFORNIA: Ribut kuat dan fenomena air pasang besar tahunan yang diperkukuh oleh El Nino terus membadai pesisir California serta beberapa kawasan lain di pantai barat Amerika Syarikat, menyebabkan banjir, kerosakan harta benda dan ombak berbahaya.

Perkhidmatan Kajian Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) melaporkan beberapa lokasi mencatat paras air pantai antara yang tertinggi pernah direkodkan, sekali gus meningkatkan risiko limpahan air dan hakisan pantai.

Pada Rabu, komuniti nelayan di Charleston, Oregon, merekodkan paras air pantai tertinggi sejak rekod bermula, iaitu kira-kira 1.12 meter melebihi paras purata air pasang tinggi. Paras itu juga dilaporkan sekitar 3.4 meter di atas tanda purata air surut.

Advertisement

Beberapa stesen pemantauan NOAA di California turut merekodkan paras air yang hampir memecahkan rekod, termasuk di San Diego, Los Angeles dan Santa Barbara.

Di Pacifica, selatan San Francisco, sebuah jeti awam berbentuk L sebahagiannya runtuh selepas dirempuh ombak besar yang dilaporkan setinggi platform jeti berkenaan.

Advertisement

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan orang ramai terkejut menyaksikan kejadian itu, dengan ada yang melaungkan bahawa sebahagian struktur jeti tersebut telah hilang dihanyutkan ombak.

Fenomena itu dikaitkan dengan "king tide" atau air pasang besar, iaitu kejadian pasang surut tertinggi dalam setahun yang berlaku apabila kedudukan matahari dan bulan sejajar, menghasilkan tarikan graviti lebih kuat ke atas air laut.

Pakar berkata kesan fenomena itu menjadi lebih ketara akibat gabungan El Nino dan perubahan iklim yang didorong oleh aktiviti manusia.

Walaupun El Nino merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara berkala, ahli meteorologi menjangkakan episod kali ini lebih kuat daripada kebiasaan.

Keadaan itu menyebabkan suhu air Lautan Pasifik meningkat, sekali gus menyumbang kepada pembentukan ribut yang lebih kuat dan ombak yang lebih ganas di sepanjang pesisir pantai.

Datuk Bandar San Francisco, Daniel Lurie, berkata bandar itu berjaya mengharungi tempoh paling buruk minggu ini meskipun berdepan banjir dan ombak setinggi sembilan meter.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa lebih banyak fenomena air pasang besar dijangka berlaku pada Disember dan Januari, sambil menggesa penduduk mengambil langkah persediaan serta sentiasa berwaspada terhadap risiko ribut dan banjir pantai yang akan datang.

 

 

Must Watch Video

Advertisement