awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir besar Thailand ragut 34 nyawa, jejas 3.09 juta setakat ini

Bernama
Bernama
06/10/2013
23:35 MYT
Banjir besar Thailand ragut 34 nyawa, jejas 3.09 juta setakat ini
Angka kematian akibat banjir besar yang melanda Thailand mencecah 34 orang dan bilangan mangsa yang terjejas ialah 3.09 juta daripada 932,342 keluarga.
Menurut Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi, 38 daripada 77 wilayah di negara itu terjejas akibat banjir yang turut merosakkan tanaman di kawasan pertanian seluas 504,320 hektar.
Jabatan itu menyatakan sebanyak 225 sekolah, 399 kuil dan 57 pejabat kerajaan turut terjejas.
Sementara itu, cuaca seolah-olah menunjukkan lebih banyak kawasan akan dilanda banjir selepas Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan lebat di beberapa wilayah.
Jabatan itu turut memberi amaran berkaitan tekanan rendah yang aktif di bahagian atas Teluk Siam berhampiran Prachuap Kiri Khan.
Angin monsun barat daya yang bertiup kencang di Laut Andaman dan Teluk Siam dijangka membawa hujan lebat mulai 6 hingga 8 Okt serta menjejaskan sembilan wilayah iaitu Rayong, Chanthaburi, Trat (bahagian timur), Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan (selatan atas), Chumphon, Ranong, Phangnga dan Phuket (selatan).
Topic Berkaitan
#banjir
#Jabatan Meteorologi Thailand
#Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi
#Laut Andaman
#Phuket
#Prachuap Kiri Khan
#teluk Siam
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan