Skip to main content

Dunia

Banjir kilat: Angka korban meningkat kepada 304 di Pakistan

41658706428_monsoon.jpg
KARACHI: Angka kematian susulan hujan monsun dan banjir kilat yang melanda Pakistan selama lebih lima minggu mencecah 304 orang, setakat Ahad.

Terdapat hampir 9,000 buah rumah musnah sepenuhnya atau rosak sebahagiannya akibat daripada bencana itu.

Menurut pihak berkuasa, hujan lebat turut menenggelamkan jalan raya di Karachi menyebabkan pemandu dan pejalan kaki terkandas akibat lalu lintas dan pengangkutan awam terhenti.

Ramai yang menyalahkan pihak berkuasa tempatan kerana tidak mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah air bertakung di jalan raya.

Sejak pertengahan Jun, hujan monsun di Pakistan telah menyebabkan air sungai melimpah sekaligus merosakkan lebuh raya dan jambatan serta menganggu lalu lintas.

Setiap tahun, kebanyakan kawasan di Pakistan bergelut dengan musim tengkujuh tahunan mengundang kritikan mengenai perancangan kerajaan yang lemah.




Advertisement

Must Watch Video