Banjir kilat landa Kepulauan Sitaro, Sulawesi Utara — 16 maut, darurat diisytihar

Selain mangsa maut, tiga yang lain dilaporkan hilang dalam kejadian banjir yang berlaku berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu. -Gambar Reuters
JAKARTA: Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia mengisytiharkan status darurat bencana hidrometeorologi di Kepulauan Siau, Tagulandang dan Biaro (Sitaro), Sulawesi Utara, susulan banjir kilat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa dan menyebabkan ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal.
Ringkasan AI
- BNPB Indonesia mengisytiharkan status darurat bencana di Sitaro, Sulawesi Utara akibat banjir kilat, dengan 16 nyawa melayang dan ratusan kehilangan tempat tinggal.
- Penggerakan pasukan penyelamat dan bantuan kemanusiaan dipertingkatkan selepas status darurat berkuat kuasa sehingga 18 Januari.
- Lebih 682 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara, manakala operasi mencari mangsa hilang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat di kawasan yang terjejas.
Selain mangsa maut, tiga yang lain dilaporkan hilang dalam kejadian banjir yang berlaku berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
Seramai 22 individu dilaporkan cedera, sementara lebih 682 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.
Bencana tersebut turut mengakibatkan kerosakan teruk pada rumah, infrastruktur awam dan kemudahan asas selepas sungai melimpah dan arus deras melanda penempatan penduduk.
Pasukan penyelamat gabungan termasuk tentera, polis dan sukarelawan tempatan kini giat menjalankan operasi mencari mangsa hilang serta menyediakan keperluan asas seperti makanan, air bersih dan tempat perlindungan.
Bupati Sitaro, Chyntia Ingrid Kalangit, berkata keputusan mengisytiharkan darurat dibuat berdasarkan skala kerosakan dan keperluan mendesak untuk koordinasi bantuan yang lebih cekap.
Indonesia sering dilanda banjir kilat dan tanah runtuh semasa musim hujan dari November hingga Mac, dengan kawasan berbukit seperti Sitaro terdedah kepada bencana seumpama itu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia mengisytiharkan status darurat bencana hidrometeorologi di Kepulauan Siau, Tagulandang dan Biaro (Sitaro), Sulawesi Utara? A: Banjir kilat yang berlaku telah mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa dan menyebabkan ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal.
- Q: Berapa tempoh yang diberikan untuk status darurat bencana hidrometeorologi di Kepulauan Siau, Tagulandang dan Biaro (Sitaro), Sulawesi Utara? A: Status darurat berkuat kuasa dari 5 hingga 18 Januari.
- Q: Apa langkah yang diambil selepas pengisytiharan status darurat bencana hidrometeorologi di Kepulauan Siau, Tagulandang dan Biaro (Sitaro), Sulawesi Utara? A: Langkah-langkah termasuk penggerakan pasukan penyelamat, peralatan, dan bantuan kemanusiaan dipercepatkan ke kawasan terjejas.
- Q: Berapakah bilangan individu yang dilaporkan cedera dalam kejadian banjir yang berlaku di Kepulauan Siau, Tagulandang dan Biaro (Sitaro), Sulawesi Utara? A: Seramai 22 individu dilaporkan cedera dalam kejadian banjir tersebut.
- Q: Siapakah yang terlibat dalam operasi mencari mangsa hilang dan menyediakan bantuan asas di Kepulauan Siau, Tagulandang dan Biaro (Sitaro), Sulawesi Utara? A: Pasukan penyelamat gabungan termasuk tentera, polis, dan sukarelawan tempatan terlibat dalam operasi tersebut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

