awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: Lapan terkorban di Kentucky

Astro Awani
Astro Awani
29/07/2022
00:15 MYT
Banjir kilat: Lapan terkorban di Kentucky
Sebuah trak dilihat meredah air di jalan yang ditenggelami air sungai di Kentucky. - Foto AP
KENTUCKY: Sekurang-kurangnya lapan terkorban dalam kejadian banjir yang melanda Kentucky, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
Menurut Gabenor Andy Beshear, insiden merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah negeri itu.
Beliau turut menjangkakan angka korban akan meningkat kepada dua angka.
Paras hujan sehingga 12.7cm dicatat sepanjang Khamis dan 7.6cm lagi dijangka pada hujung minggu ini.
"Kami sedang mengalami keadaan banjir terburuk dalam sejarah Kentucky.
"Ratusan rumah dijangka akan musnah dalam kejadian ini," katanya ketika mengisytiharkan darurat di negeri itu.
Tambahnya, antara yang terkorban termasuk seorang wanita warga emas berusia 81 tahun di daerah Perry.
Kejadian ini turut menyebabkan lebih 23,000 rumah terputus bekalan elektrik.
Kerajaan negeri telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan menggunakan helikopter dan bot dalam usaha menyelamat penduduk yang terkandas.
Sebilangan besar penduduk masih dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Kentucky
#Andy Beshear
#terburuk dalam sejarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan