Skip to main content

Dunia

Banjir Nepal: 22,000 kanak-kanak perlu air minuman selamat - UNICEF

People stand in a queue as they wait to ride on a cage on a makeshift zip line to cross the Trishuli River from Koloni following deadly flash floods that damaged bridges and temporarily stranded residents, in Nuwakot district, Nepal, September 4, 2026. REUTERS/Adnan Abidi
Lebih seminggu selepas banjir kilat melanda lembangan sungai Bhotekoshi-Trishuli di Nepal, sekurang-kurangnya 22,000 kanak-kanak amat memerlukan bekalan air minuman selamat serta kemudahan sanitasi dan kebersihan, menurut kenyataan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Khamis. - Foto REUTERS/Adnan Abidi
Advertisement

NEW YORK: Lebih seminggu selepas banjir kilat melanda lembangan sungai Bhotekoshi-Trishuli di Nepal, sekurang-kurangnya 22,000 kanak-kanak amat memerlukan bekalan air minuman selamat serta kemudahan sanitasi dan kebersihan, menurut kenyataan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Khamis, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Sistem bekalan air di daerah yang terjejas mengalami kerosakan manakala tandas dan kemudahan sanitasi lain turut rosak atau musnah, sekali gus meningkatkan risiko penyakit bawaan air dan penyakit berjangkit.

"Setiap ibu bapa di daerah-daerah ini kini berdepan masalah yang sama berulang kali setiap hari," kata Alice Akunga, Wakil UNICEF di Nepal.

UNICEF telah menghantar bekalan air serta peralatan sanitasi dan kebersihan untuk kira-kira 19,000 penduduk di Rasuwa dan Nuwakot, iaitu antara kawasan paling teruk terjejas.

Bekalan tersebut merangkumi lebih 3,800 kit kebersihan, 3,300 bekas air boleh lipat berkapasiti 10 liter, 3,500 baldi, 3,500 cawan satu liter, 4,000 botol larutan rawatan air dan lebih 1,000 keping kanvas pelindung.

Kakitangan UNICEF juga bekerjasama dengan pihak kerajaan dan rakan kongsi dalam usaha pemantauan penyakit, promosi kebersihan dan pencegahan wabak.

UNICEF menganggarkan sekurang-kurangnya 19 sekolah mengalami kerosakan termasuk lapan yang musnah sepenuhnya dan lapan yang rosak sebahagiannya, manakala lebih 10,000 kanak-kanak pada usia sekolah memerlukan sokongan psikososial segera serta akses kepada ruang pembelajaran yang selamat.

-- BERNAMA-WAM

 

Must Watch Video

Advertisement