Skip to main content

Dunia

Banjir: Pakistan keluarkan amaran peringkat tinggi

71376796361_295x200.jpg
Pihak berkuasa Pakistan menggeluarkan amaran peringkat tinggi selepas paras air sungai Ravi dan Chenab meningkat dan melepasi paras bahaya.

Hujan monson dan banjir kilat sebelum ini menyebabkan lebih 200 perkampungan di wilayah berkenaan ditenggelami air.

Berikutan keadaan yang semakin terancam, operasi pemindahan dilakukan.

Di beberapa bahagian lain,  laluan darat terputus selepas ditenggelami air dan menyebabkan mangsa terperangkap.

Sekurang-kurangnya 35 rumah dilapor musnah dalam bencana berkenaan.

Beberapa bahagian lain dijangka akan dilanda termasuk sukkur dan larkana.

Banjir yang melanda sebelum ini, menyebabkan lebih 98 terbunuh manakala 100 ribu penduduk di kawasan berhampiran terjejas.

Advertisement

Topic Berkaitan

Must Watch Video