JAKARTA: Sekurang-kurangnya lima terkorban dalam kejadian banjir besar yang melanda seluruh kawasan kejiranan di Jakarta, kata pihak berkuasa pada Ahad.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku ketika penduduk kembali ke rumah masing-masing.
Jakarta dilanda hujan lebat berterusan yang menyebabkan puluhan jalan utama ditenggelami air dan memaksa ratusan penduduk berpindah ke pusat pemindahan sementara.
Seorang warga emas berusia 67 tahun maut selepas terperangkap di dalam rumahnya yang ditenggelami air pada Sabtu, kata Ketua Agensi Mitigasi Bencana Jakarta, Sabdo Kurnianto kepada AFP.
Tambahnya, tiga kanak-kanak lelaki disahkan maut selepas dihanyutkan oleh air banjir manakala seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas.
Agensi Meterologi, Cuaca dan Geofizik memberi amaran hujan lebat akan berterusan di Jakarta minggu ini.
Bandar tersebut dengan jumlah penduduk sekitar 30 juta, sering dilanda banjir pada musim hujan.
"Air sungai melimpah akibat hujan berterusan dan membawa bersama lumpur. Saya mengalami kerugian kewangan yang besar," kata penjual buah, Ali Fatullah.
Dia memberitahu kesemua perabot dan barangan elektrik miliknya musnah akibat banjir.
Dalam pada itu Kurnianto memaklumkan, 1,700 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara dan sejumlah besar telah kembali ke rumah masing-masing.
Banjir melanda sekitar 200 kejiranan di wilayaj itu dan 40 daripadanya ditenggelami air sedalam 30 sentimeter.
Pada Januari tahun lepas, hujan lebat di Jakarta turut menyebabkan tanah runtuh.
Sekurang-kurangnya 67 terkorban di bandar berkenaan serta beberapa banjir berdekatan.
Astro Awani
Sun Feb 21 2021

Penduduk dilihat menolak motosikal ketika banjir melanda Jakarta. - Foto Antara/Aprillio Akbar/ via REUTERS

AWANI Ringkas: MCA komited kekal bersama BN

Lawatan PM | Pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah Umrah. Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

Seorang bapa dituduh lakukan amang seksual terhadap anak kandung
Bapa kepada tiga anak ini didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Bandar Putra Kulai pada Jun dan Febuari tahun lepas.

55 usahawan berjaya tingkat hasil jualan bawah program INSKEN - Wan Junaidi
Ia kejayaan INSKEN mempersiapkan usahawan dengan ilmu dan kemahiran yang relevan serta sesuai untuk mereka bersaing di dalam industri yang semakin mencabar.

COVID-19: Mutasi varian Nigeria tidak jejas kemampuan kesan individu dijangkiti
Ini kerana kit tindak balas Polymerase Chain Reaction (PCR) yang sedia ada menggunakan pelbagai sasaran untuk mengesan varian walaupun seseorang itu tidak bergejala.

Gempa bumi 5.8 magnitud landa wilayah Maluku
Gempa bumi dengan kekuatan 5.8 skala Richter melanda wilayah Maluku di timur Indonesia pada Ahad, menurut laporan agensi meteorologi dan geofizik.

Bekas pemain ragbi kebangsaan 'Doc Malan' meninggal dunia
Dr Mazlan Ismail, meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 12.58 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Vaksin COVID-19 | 127,608 disuntik sehingga hari ke-12 PICK
Seramai 127,608 individu telah divaksin dalam tempoh 12 hari fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Ser Adham Baba daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 18,034 individu sehingga Sabtu.

Politik | Gubal Akta Anti Lompat Parti perlu sokongan dua pertiga
Penggubalan Akta Anti Lompat Parti memerlukan sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen bagi meminda Perkara 10 (1)(c) dalam Perlembagaan Malaysia. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ianya boleh di cabar oleh mana mana pihak di mahkamah.

Diplomasi | Memahami hubungan berterusan Malaysia-Arab Saudi
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini sedang melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, yang juga penjaga dua masjid suci. Media melaporkan Perdana Menteri merupakan ketua negara pertama yang diberi peluang melawat ke dalam Kaabah, yang pemerhati hubungan antarabangsa melihat ia sebagai satu penghormatan yang cukup tinggi. Bagi memahami hubungan akrab antara dua negara ini, kita bersama Dengan Felo Kanan Institus Perhubungan Antarabangsa Dr Oh Ei Sun di talian.

Beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat
Beberapa jalan mengalami kesesakan seperti di Taman Melaka Baru dan Cheng susulan banjir kilat.

Kembara Cinta Diraja Seiring Kasih Rakyat: Tak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat
Keperibadian berjiwa rakyat yang tinggi menjadi sebab mengapa baginda berdua sering dilihat tidak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat.

KKR anggar lebih RM200 juta untuk perbaiki jalan raya terjejas akibat banjir
Menteri Kanan Fadillah Yusof berkata, jumlah itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan di bawah dana bencana.

Lebih selesa daripada rumah asal - Penerima kediaman kurniaan Agong
Warga emas, Ramlah Hitam tidak pernah menyangka dirinya berpeluang memiliki sebuah rumah yang sangat selesa, pada usianya yang disifatkan 'sudah senja'.

"Cuti 55 hari di New Zealand untuk lawat keluarga, ikut prosedur" - Timbalan Menteri Wilayah
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Santhara Kumar jelaskan, percutian beliau selama 55 hari diluluskan Perdana Menteri.

Kerajaan peruntuk RM4.9 bilion tangani masalah banjir di Sabah - Tuan Ibrahim
Terdapat lebih kurang 40 projek besar yang akan dilaksanakan bagi menangani isu-isu berkenaan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Banjir: Lebih 59,000 mangsa dipindahkan susulan ribut Dujuan di Filipina
Menurut Lembaga Atmosfera, Geofizik dan Perkhidmatan Astronomi Filipina hujan lebat dijangka di Camarines Norte, Quezon dan Aurora pada Selasa.

Banjir: Sekurang-kurangnya 5 maut di Jakarta
Jakarta dilanda hujan lebat berterusan yang menyebabkan puluhan jalan utama ditenggelami air.

Banjir Sarawak pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya selepas semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat pagi Ahad.