awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN Kelantan sita lebih 8 tan minyak masak paket bersubsidi

Bernama
Bernama
22/12/2025
13:15 MYT
KPDN Kelantan sita lebih 8 tan minyak masak paket bersubsidi
Azman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita lebih lapan tan minyak masak paket bersubsidi menerusi satu operasi bersepadu di Kampung Bunohan, Tumpat semalam.

Ringkasan AI
  • KPDN Kelantan menyita lebih lapan tan minyak masak bersubsidi dalam operasi di Kampung Bunohan, Tumpat, nilai rampasan keseluruhan RM65,825.
  • Operasi bersepadu melibatkan Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor menemui lori mencurigakan dengan pemandu dan dua individu melarikan diri.
  • Pengarah KPDN menyatakan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, suspek yang terlibat gagal dikesan walaupun usaha selama dua jam.

Pengarahnya Azman Ismail berkata operasi itu yang dijalankan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor pada 2.57 petang mendapati sebuah lori jenis Isuzu dengan nombor pendaftaran tempatan dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata pasukannya telah mengekori lori berkenaan dan semasa serbuan dilakukan pemandu bersama dua individu yang dipercayai sebagai kelindan telah bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.
"Hasil pemeriksaan ke atas lori terbabit menemukan kira-kira 450 kotak berisi minyak masak paket bersubsidi berjenama yang disyaki untuk tujuan penyelewengan.
"Pihak KPDN telah menyita lori Isuzu berkenaan bernilai RM45,000 bersama muatan minyak masak bersubsidi berjumlah keseluruhan 8,330 kilogram dengan nilai RM20,825, menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM65,825," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Azman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.
"Usaha mengesan suspek dilakukan hampir dua jam di sekitar lokasi kejadian namun kesemua individu terbabit gagal dikesan dan tiada pihak tampil mengaku sebagai pemilik kenderaan serta barangan berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#kpdn
#minyak masak
#nombor pendaftaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan