awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir selatan Thailand: Lebih 64,000 isi rumah terjejas

Bernama
Bernama
20/12/2022
13:45 MYT
Banjir selatan Thailand: Lebih 64,000 isi rumah terjejas
Sebanyak 66 daerah di sembilan wilayah - Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat - masih dinaiki air. - Gambar/ Bernama
BANGKOK: Hujan lebat berterusan sejak Ahad menyebabkan sembilan wilayah ditenggelami air, menjejaskan lebih 64,000 isi rumah di selatan Thailand.
Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana (DDPM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa 66 daerah di sembilan wilayah - Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat - masih dinaiki air.
"Monsun timur laut yang kuat merentasi Teluk Thailand dan Laut Andaman telah menyebabkan hujan berterusan serta air sungai melimpah, banjir dan banjir kilat di kebanyakan kawasan.
"Sehingga kini, sejumlah 64,626 isi rumah di 1,425 kampung di sembilan wilayah dilanda banjir sejak Ahad," menurut DDPM sambil menambah paras air di beberapa kawasan mulai surut.
DDPM bersama dengan agensi berkaitan akan mula menyelaraskan gerakan untuk memulakan kerja-kerja pembersihan pasca banjir.
Sementara itu, Gabenor Narathiwat Sanan Pongaksorn berkata Sungai Kolok melimpah dan menenggelami banyak kawasan rendah.
"Sebanyak 29,113 isi rumah di Narathiwat yang bersempadan dengan Kelantan turut terjas akibat banjir," katanya.
Sementara itu, Jabatan Imigresen Kelantan di halaman Facebooknya mengumumkan mengenai penutupan sementara Kompleks Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang- Sungai Kolok dan Pangkalan Kubor- Tak Bai kerana banjir.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila kemudahan itu akan dibuka semula.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#selatan thailand
#Songkhla
#Hat Yai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan