awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sulawesi: 21 terbunuh, dua hilang, 10 cedera

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2020
01:05 MYT
Banjir Sulawesi: 21 terbunuh, dua hilang, 10 cedera
Seorang lelaki meninjau keadaan di sebuah rumah yang ditenggelami lumpur susulan kejadian banjir kilat di Kampung Radda, Utara Luwu, Sulawesi, Indonesia, 14 Julai, 2020. REUTERS
SEKURANG-kurangnya 21 individu maut dan dua lagi hilang selepas banjir kilat melanda Wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia, pada Rabu.
Menurut jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Nasional, Raditya Jati, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.
Operasi itu bagaimanapun berdepan cabaran disebabkan lumpur tebal meliputi jalan raya dan rumah, serta hujan yang berterusan.
Sementara itu, 10 lagi individu cedera disebabkan banjir yang menjejaskan enam daerah di wilayah tersebut.
Seramai 2,650 penduduk telah dipindahkan ke kawasan yang selamat.
Sebuah rumah ditenggelami lumpur susulan banjir kilat yang melanda Kampung Radda, Utara Luwu, Sulawesi, Indonesia, 14 Julai, 2020. REUTERS
Sebuah rumah ditenggelami lumpur susulan banjir kilat yang melanda Kampung Radda, Utara Luwu, Sulawesi, Indonesia, 14 Julai, 2020. REUTERS
BACA: 16 terbunuh, 23 hilang banjir kilat di Sulawesi
Pegawai Daerah Luwu Utara, Indah Putri Indriani berkata, banjir tersebut bermula pada Isnin petang, susulan hujan lebat yang menyebabkan air di tiga batang sungai melimpah.
Hujan lebat itu juga menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat, serta menjejaskan perhubungan jutaan penduduk yang tinggal di kawasan pergunungan atau berhampiran kawasan banjir.
Sebuah trak tenggelam dalam lumpur susulan banjir kilat yang melanda Kampung Radda, Utara Luwu, Sulawesi, Indonesia, 14 Julai, 2020. REUTERS
Sebuah trak tenggelam dalam lumpur susulan banjir kilat yang melanda Kampung Radda, Utara Luwu, Sulawesi, Indonesia, 14 Julai, 2020. REUTERS
Topic Berkaitan
#banjir
#cedera
#hilang
#Indonesia
#lumpur
#operasi
#rumah
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan