Skip to main content

Malaysia

Isu ejen provokasi cetus sentimen kaum dibawa ke Kabinet Rabu ini - Ramanan

Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Sumber Manusia,YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan akan menghadiri dan seterusnya menyaksikan Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) - AWANI
R Ramanan (foto) berkata perkara itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat berkenaan bagi membolehkan kerajaan meneliti tindakan susulan yang wajar diambil. -Gambar fail/Bernama

SUNGAI BULOH: Isu berhubung individu yang didakwa bertindak sebagai ejen provokasi dan dibayar bagi mencetuskan sentimen perkauman akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, perkara itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat berkenaan bagi membolehkan kerajaan meneliti tindakan susulan yang wajar diambil. 

Advertisement

"Kita akan bawa isu ini dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang iaitu esok, Rabu. Memang isu ini akan dibincangkan dan saya sendiri akan membawa perkara ini.

"Semalam saya dimaklumkan ada tahanan yang berlaku, tangkapan juga dibuat dan disusuli pendakwaan selepas ini. Tapi kita bagi masa untuk polis siasat dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk ambil tindakan selanjutnya. 

"Memang semua rakyat Malaysia sudah tahu dan kenal pasti siapa orang-orang yang dikatakan itu. Tak payah (perlu) saya sebut bagi mereka famous (terkenal)," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemeteraian dan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) serta Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) di sini, pada Selasa. 

Mengulas lanjut Ramanan yang juga Naib Presiden PKR berkata, pihak berkuasa juga sudah mengambil tindakan awal termasuk melakukan tangkapan terhadap individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan provokasi berkenaan. 

Pada Isnin, beliau mendedahkan kewujudan individu yang didakwa bertindak sebagai ejen provokasi dan dibayar bagi mencetuskan sentimen kaum. 

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan akan membawa isu berunsur provokasi perkauman untuk dibincangkan dalam Kabinet bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil. 

Katanya, sejak kebelakangan ini terdapat peningkatan provokasi yang disebarkan, khususnya di media sosial dan di tempat awam sehingga mencetuskan ketegangan antara kaum.

Must Watch Video