PHNOM PENH: Banjir Sungai Mekong menjejaskan 13,688 keluarga di empat wilayah Kemboja, memaksa 1,551 keluarga berpindah ke kawasan lebih tinggi, kata jurucakap pengurusan bencana pada Selasa, lapor Xinhua.
Jurucakap Jawatankuasa Kebangsaan Pengurusan Bencana (NCDM) Soth Kim Kolmony berkata wilayah Kratie, Tboung Khmum, Stung Treng dan Kampong Cham berdepan banjir teruk sejak Jumaat lepas, akibat kesan susulan Taufan Saudel.
“Antara kawasan terlibat Kratie dan Tboung Khmum paling teruk terjejas, masing-masing melibatkan 7,934 dan 3,951 keluarga,” kata Kolmony.
Beliau berkata kenaikan paras air menenggelamkan lebih 9,000 rumah dan lebih 4,000 hektar sawah padi. Tiada kematian dilaporkan.
Kemboja lazimnya mengalami banjir kilat Sungai Mekong antara Julai dan Oktober, dengan data NCDM menunjukkan 19 kematian akibat banjir direkodkan tahun lepas.
-- BERNAMA-XINHUA