Pentagon telah bersetuju untuk mengisi semula minyak untuk kapal terbang Perancis yang sedang melalukan operasi ketenteraan di Mali.

Ini disahkan oleh satu kenyataan dari pihak askar Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Perancis ada meminta bantuan isian semula minyak dari Amerika Syarikat, kata wakil Pentagon George Little.

Obama telah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya Presiden Perancis Francois Hollande pada Jumaat di mana kedua-dua mereka berjanji akan bekerjasama untuk menangani keganasan terutamanya di utara benua Afrika.

Tentera Perancis sudah bertapak di Mali sejak dua minggu yang lalu. Mereka bekerjasama dengan tentera Mali untuk mengatasi pejuang yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda dan telah mengambil alih beberapa bandar di utara negara itu.