awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banyak negara suarakan kebimbangan terhadap genosid di Gaza

Bernama
Bernama
18/08/2024
09:00 MYT
Banyak negara suarakan kebimbangan terhadap genosid di Gaza
Banyak negara menyuarakan kebimbangan terhadap konflik genosid Israel di Gaza semasa Sidang Kemuncak Voice of Global South ketiga yang dihoskan oleh India. -Gambar fail/Reuters
NEW DELHI: Banyak negara menyuarakan kebimbangan mereka terhadap konflik genosid Israel di Gaza semasa Sidang Kemuncak Voice of Global South ketiga yang dihoskan oleh India dalam format maya pada Sabtu.
"Sebilangan besar orang menyuarakan kebimbangan mengenai Gaza. Ada yang menyebut Ukraine dalam kedua-dua perbincangan pemimpin dan menteri luar, tetapi pastinya rujukan kepada Gaza adalah lebih kerap berbanding Ukraine.
"Tumpuan utama adalah kebimbangan terhadap jumlah korban, terutamanya korban awam," kata Menteri Hal Ehwal Luar India Subrahmanyam Jaishankar, dalam sidang media selepas mesyuarat itu.
Menurut beliau, sentimen yang disuarakan ialah keadaan perlu kembali kepada gencatan senjata dan kepada rundingan.
Sidang kemuncak itu membincangkan pelbagai isu seperti reformasi tadbir urus global, beban hutang negara membangun, perubahan iklim, keselamatan makanan dan teknologi digital.
Ia melibatkan penyertaan daripada 123 negara di pelbagai peringkat, termasuk 21 ketua negara dan kerajaan serta 34 menteri luar.
Sementara itu, Jaishankar mengesahkan India tidak menjemput China dan Pakistan untuk menyertai acara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Sidang Kemuncak Voice of Global South
#Subrahmanyam Jaishankar
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan