Bapa kepada Nashat Milhem, suspek yang disyaki menembak dua mangsa dalam satu kejadian tembak di Tel Aviv, Israel telah memohon maaf selepas menyedari perbuatan melampau anaknya.

Mohammed Milhem, yang berasal dari sebuah perkampungan Arab di utara Israel berkata, dia terus ke balai polis berdekatan sejurus selepas dia mengetahui tentang insiden itu.

"Saya baru dapat tahu apa yang anak saya buat di Tel Aviv. Saya tidak ajar dia dan membesarkan dia dengan sebegini rupa.

"Saya minta maaf atas apa yang telah dilakukan oleh anak saya. Apabila dapat tahu perkara ini, saya terus ke balai polis dan membantu pihak berkuasa. Saya berharap mangsa yang cedera supaya cepat sembuh.

Insiden di sebuah bar di Tel Aviv pada Jumaat lalu itu, turut mengakibatkan kecederaan ke atas beberapa orang awam.

Polis masih lagi memburu Nashat yang dilaporkan menghilangkan diri sejurus selepas insiden itu.