PARIS: Barbor Krejcikova meraih gelaran juara Grand Slam selepas menewaskan Anastasia Pavlyuchenkova dari Rusia 6-1, 2-6, 6-4 pada pusingan akhir Terbuka Perancis wanita pada Sabtu.

Pemain berusia 25 tahun itu adalah pemain kelahiran Czech pertama yang menjulang Piala Suzanne Lenglen selepas Hana Mandlikova, yang mewakili Czechoslovakia, menang pada tahun 1981.

Krejcikova memenangi enam perlawanan berturut-turut untuk mengambil set pembukaan setelah menjatuhkan servis pada babak pertama, sebelum Pavlyuchenkova memperoleh kedudukan unggul pada set kedua.

Semasa kedudukan 5-2, Pavlyuchenkova berdepan sedikit kecederaan pada bahagian paha kirinya dan terpaksa mendapatkan rawatan di gelanggang.

Dia berjaya menyamakan kedudukan dengan satu set sebelum Krejcikova mematahkan impiannya untuk menjulang kemenangan di gelanggang tanah liat itu dengan dengan keputusan 6-4 pada set ketiga.

Sementara itu, kemenangan bagi perlawanan perseorangan Terbuka Perancis Lelaki di antara Novak Djokovic dan Stafanos Tsitsipas hanya akan diketahui pada Ahad malam.