Wartawan-wartawan di Amerika Syarikat yang menerima telefon itu untuk memberikan ulasan mereka sebelum pelancaran mendakwa skrin Galaxy Fold itu mula berkedip dan berubah gelap sebelum padam secara tiba-tiba.
Beberapa wartawan lain pula mendakwa mereka telah menanggalkan lapisan pelindung daripada skrin yang mereka fikir sepatutnya ditanggalkan, tetapi sepatutnya kekal di skrin.
Seorang wartawan Bloomberg, Mark Gurman mendakwa, Galaxy lipat diujinya mula beroperasi secara tidak normal selepas dia menanggalkan pelindung itu dan akhirnya tidak dapat digunakan.
BACA: Samsung Galaxy Fold episod baharu inovasi telefon pintar
BACA: Samsung Galaxy Fold episod baharu inovasi telefon pintar
"Skrin pada unit Galaxy saya benar-benar rosak dan tidak boleh digunakan dalam masa dua hari," kata Gurman dalam tweet di laman media sosialnya.
Menurut satu foto yang disiarkan oleh Pengurus Produk Kanan Rangkaian T-Mobile Amerika Syarikat, Desmond Smith, amaran pada bungkusan Galaxy Fold jelas telahmenasihatkan pengguna untuk tidak membuang lapisan pelindung.
Menurut satu foto yang disiarkan oleh Pengurus Produk Kanan Rangkaian T-Mobile Amerika Syarikat, Desmond Smith, amaran pada bungkusan Galaxy Fold jelas telahmenasihatkan pengguna untuk tidak membuang lapisan pelindung.
'Skrin utama termasuk lapisan pelindung khas,' kata amaran itu. 'Menanggal lapisan pelindung atau menggunakan sebarang pelekat pada skrin utama, seperti pelindung skrin atau pelekat, boleh menyebabkan kerosakan.'
Tetapi, Editor Eksekutif laman berita teknologi The Verge, Dieter Bohn mendakwa dia mengekalkan pelindung itu dan skrinnya tetap rosak.
Bohn menambah bahawa peranti itu seolah-olah mempunyai engsel yang cacat, menyebabkan skrin mengalami gangguan serta permukaan skrin yang tidak rata.
Isu-isu tersebut menimbulkan persoalan sama ada Galaxy Fold boleh menahan penggunaan biasa atau tidak.
Sebelum melepaskan peranti berkenaan, Samsung dilaporkan telah menguji mekanisme lipatan telefon berkenaan lebih daripada 200,000 kali, mendakwa ia melepasi piawaian untuk ketahanan.
Telefon lipat yang dinanti-nantikan itu dijangka akan dijual pada 26 April di Amerika Syarikat untuk $1,980 (RM8,189.48), menjadikannya salah sebuah telefon paling mahal di dunia.
Samsung AS tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai dakwaan itu.
Syarikat itu sebelum ini pernah menarik semula secara besaran-besaran peranti Galaxy Note 7 selepas mendapat banyak aduan yang berkata bateri peranti tersebut menjadi terlalu panas dan meletup.
Adakah nasib yang sama akan menimpa Galaxy Fold? Kita tunggu dan lihat perkembanganya nanti.