awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas terjunam ke dalam cerun ragut 16 nyawa di Nicaragua

Bernama
Bernama
29/07/2022
04:20 MYT
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 16 nyawa di Nicaragua
Seramai 13 mangsa yang maut adalah warga Venezuela, seorang rakyat Nicaragua manakala dua lagi belum dikenal pasti dalam nahas ini. -Foto REUTERS
BOGOTA: Sekurang-kurangnya 16 maut manakala 47 lagi cedera selepas bas yang membawa berpuluh-puluh penumpang terbabit dalam nahas di utara Nicaragua, menurut polis Khamis.
Bas itu dalam perjalanan dari Managua menuju ke sempadan Nicaragua sebelum terjunam ke dalam cerun curam dan berbahaya yang dikenali "La Cucamonga".
Seramai 13 mangsa yang maut adalah warga Venezuela, seorang rakyat Nicaragua manakala dua lagi belum dikenal pasti.
"Mereka yang terkorban terdiri lima wanita dan 11 lelaki," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan polis.
Siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas yang dipandu laju itu bertembung dengan dua buah kereta sebelum terjunam.
Pemandu bas turut ditahan bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Venezuela
#La Cucamonga
#managua
#sempadan Nicaragua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan