Skip to main content

Dunia

AS batal lebih 175,000 visa

Sumber: Adobe Stock
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) membatalkan lebih 175,000 visa terutamanya berkaitan kegiatan jenayah.
Advertisement

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) membatalkan lebih 175,000 visa terutamanya berkaitan kegiatan jenayah, menurut jurucakapnya Tommy Pigott pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Lebih 175,000 visa yang telah kami batalkan menunjukkan komitmen terhadap program tapisan berterusan kami. 

"Kami tidak akan bertolak ansur terhadap warga asing yang memegang visa tetapi melanggar undang-undang, syarat visa atau menjejaskan keselamatan negara,” kata Pigott menerusi platform media sosial X.

Beliau berkata, memandu dalam keadaan mabuk, serangan dan kecurian antara kesalahan utama yang menyebabkan visa dibatalkan.

Pada hari pelantikannya sebagai Presiden AS ke-47, Donald Trump berikrar menghentikan imigresen haram dan melaksanakan pengusiran secara besar-besaran.

Beliau turut mengisytiharkan darurat di seluruh negara bagi menangani krisis sempadan AS.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement