awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS batal semua visa rakyat Sudan Selatan

Bernama
Bernama
06/04/2025
13:00 MYT
AS batal semua visa rakyat Sudan Selatan
Rubio turut menuduh kerajaan peralihan di Juba mengambil kesempatan terhadap dasar terbuka Washington. - Gambar fail/Reuters/Evelyn Hockstein
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu mengumumkan pembatalan semua visa yang dimiliki oleh warga Sudan Selatan, susulan keengganan negara Afrika itu menerima kepulangan rakyatnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Setiap negara wajib menerima kepulangan warganya tepat pada masanya apabila negara lain termasuk Amerika Syarikat, mengambil keputusan untuk mengusir mereka.
"Kerana kerajaan peralihan Sudan Selatan gagal menghormati prinsip ini sepenuhnya, Jabatan Negara AS berkuat kuasa serta-merta akan membatalkan semua visa yang dipegang oleh pemilik pasport Sudan Selatan, dan menghentikan pengeluaran visa baharu kepada mereka," kata Setiausaha Negara AS, Marco Rubio dalam satu kenyataan.
Rubio turut menuduh kerajaan peralihan di Juba mengambil kesempatan terhadap dasar terbuka Washington.
Namun, beliau menegaskan AS bersedia untuk menyemak semula tindakan itu sekiranya Sudan Selatan memberikan kerjasama penuh.
Sudan Selatan dengan populasi sekitar 11 juta orang dilanda perang saudara yang dahsyat selepas merdeka daripada Sudan pada 2011.
Presiden Salva Kiir dan lawannya, Naib Presiden Riek Machar membentuk kerajaan peralihan bersama pada 2020, namun pentadbiran itu kini dilaporkan berada di ambang kehancuran berikutan krisis politik domestik yang semakin meruncing sejak beberapa minggu lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Visa
#krisis politik
#perang saudara
#dasar terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan