awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi 6 bulan ditemui selamat selepas dicampak ke dalam sungai

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2021
02:07 MYT
Bayi 6 bulan ditemui selamat selepas dicampak ke dalam sungai
Seorang penyeludup dilihat membantu keluarga migran merentas sempadan ke Amerika Syarikat melalui Sungai Usumacinta. - Foto REUTERS/Edgard Garrido
SEORANG bayi berusia enam bulan berjaya diselamatkan selepas dicampak ke dalam Sungai Rio Grande.
Bayi berkenaan telah diserahkan kepada ibunya yang sebelum ini diserang oleh penyeludup semasa cuba memasuki Amerika Syarikat, kata pegawai Texas.
Pegawai Jabatan Keselamatan Awam (DPS) Texas, Lt Christopher Olivarez memberitahu stesen televisyen KVEO-TV, wanita dan bayi tersebut telah berada di Mexico sejak Disember lalu bagi menunggu masa yang sesuai untuk merentas sempadan.
Olivarez berkata, wanita berkenaan mendakwa telah membayar AS$3,500 (RM14,500) kepada penyeludup untuk membantu mereka menyeberang Sungai Rio Grande.
Namun wanita terbabit diserang semasa di Mexico menyebabkan dia mengalami kecederaan patah tulang kaki.
Wanita dan bayi berkenaan antara lebih 200 migran termasuk 150 kanak-kanak yang menyeberangi sungai tersebut menuju ke Roma, Texas.
Bayi itu dicampakkan ke dalam sungai ketika kumpulan migran berkenaan sedang menyeberangi sungai, lapor portal berita Newsweek.
Usaha mencari dan menyelamat bayi itu dijalankan oleh Pengawal Sempadan AS dengan dibantu oleh Kumpulan Operasi Khas DPS Texas Selatan pada 16 Mac lepas.
"Kumpulan ini dilatih khas untuk menjalankan misi tertentu, selalunya melibatkan kawasan sempadan Texas-Mexico," kata DPS dalam satu catatan di akaun rasmi Facebook pada Selasa.
Minggu lepas seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun lemas ketika menyeberangi sungai berkenaan.
Topic Berkaitan
#bayi
#selamat
#Sungai Rio Grande
#penyeludup
#Amerika Syarikat
#Mexico
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan