awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi berusia 12 hari maut dilarikan monyet

Sinar Harian
Sinar Harian
15/11/2018
02:25 MYT
Bayi berusia 12 hari maut dilarikan monyet
Arush maut akibat kecederaan parah setelah dilarikan seekor monyet. - Foto Dailymail
Seorang bayi lelaki berusia 12 hari maut akibat kecederaan parah setelah dilarikan seekor monyet yang memasuki rumah mangsa di pinggir bandar Agra, Isnin lalu.
Ketika kejadian, Neha sedang menyusukan bayi sulungnya bernama Arush itu di dalam rumah apabila seekor monyet masuk melalui pintu yang terbuka.
"Pintu utama rumah terbuka dan ketika itu isteri saya sedang menyusukan Arush.
"Seekor monyet tiba-tiba masuk dan menerkam serta menggigit kepala anak saya sebelum membawanya lari.
Isteri saya tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa ketika itu," kata suami Neha bernama Yogesh.
Menurutnya, dia dan beberapa penduduk lain mengejar monyet tersebut sebelum ia meninggalkan Arush di atas bumbung rumah jiran dalam keadaan berlumuran darah.
Mangsa segera dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia sejurus tiba. - Dailymail
Topic Berkaitan
#anak
#bayi
#mangsa
#maut
#meninggal dunia
#monyet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan