AMSTERDAM: Kematian seorang bayi berusia tiga bulan minggu ini di pusat pencari suaka di Belanda, telah membuka mata mengenai masalah kekurangan tempat tinggal untuk pelarian di negara itu, yang kini menjadi krisis nasional.
Inspektorat Kesihatan dan Penjagaan Belia dalam satu kenyataan berkata bayi itu meninggal dunia pagi Rabu di dewan sukan yang dijadikan pusat penerimaan pencari suaka di kampung Ter Apel.
Kenyataan itu menyatakan punca kematian sedang disiasat.
"Seorang bayi berusia tiga bulan meninggal dunia malam tadi di dewan sukan di Ter Apel. Seperti semua orang, saya amat terkejut dengan peristiwa itu," ciap Setiausaha Kerajaan Negeri Eric van der Burg di Twitter.
Keadaan penuh sesak di pusat permohonan suaka di Ter Apel, yang berlarutan selama berbulan-bulan, telah bertukar menjadi krisis nasional.
Ketika kerajaan Belanda cuba menangani masalah itu, pasukan Palang Merah Belanda memasang khemah di taman pusat itu kerana kekurangan katil tetapi mengalihkannya akibat reaksi yang diterima daripada penduduk tempatam.
Meskipun khemah-khemah telah dipindahkan, ramai pelarian termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua terus tidur di taman itu.
Kerajaan Belanda mengalami masalah dalam mencari tempat untuk pelarian kerana kekurangan ruang di pusat suaka dan ketidakupayaan majlis perbandaran untuk menyediakan penempatan sesuai kepada pelarian.
Ketika kerajaan cuba memindahkan mereka melalui Agensi Pusat Penerimaan Pencari Suaka (COA) ke hotel yang dibeli di kampung Albergen untuk menempatkan 300 pelarian, ia juga berdepan bantahan daripada penduduk tempatan.
Di samping itu, Van der Burg telah mencadangkan untuk menjadikan kapal penjelajah sebagai pusat penginapan sementara sebagai satu cara untuk membantu menyelesaikan masalah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022
Bayi itu meninggal dunia pagi Rabu di dewan sukan yang dijadikan pusat penerimaan pencari suaka di kampung Ter Apel. - Gambar hiasan
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Bayi meninggal dunia di pusat penempatan pencari suaka di Belanda
Bayi itu meninggal dunia pagi Rabu di dewan sukan yang dijadikan pusat penerimaan pencari suaka di kampung Ter Apel.