awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi umur sebulan diselamatkan dari runtuhan Gaza

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2025
01:00 MYT
Bayi umur sebulan diselamatkan dari runtuhan Gaza
Seorang bayi ketika didukung oleh moyangnya selepas diselamatkan dari bawah runtuhan bangunan di Khan Younis. - Foto AP
KHAN YOUNIS: Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang bayi perempuan berusia sebulan dari runtuhan berhampiran bandar Khan Younis di Gaza pada Khamis.
Ini selepas serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 58 rakyat Palestin di seluruh wilayah itu dalam tempoh semalaman.
Menurut pasukan pertahanan awam, sejak subuh bayi itu menangis dan sesekali terdiam sehingga pasukan penyelamat berjaya mengeluarkannya.
Serangan yang memusnahkan rumah bayi itu berlaku di Abasan Al-Kabira, sebuah kampung di luar Khan Younis berhampiran sempadan dengan Israel.
Ia mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Mangsa yang terbunuh termasuk seorang bapa dan tujuh anaknya, serta ibu bapa dan abang kepada bayi tersebut.
Bayi berkenaan terselamat bersama datuk dan neneknya.
Sehingga kini, tentera Israel belum memberikan sebarang komen mengenai serangan terbaharu itu.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#bayi
#Gaza
#serangan
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan